• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A04s peranti murah terbaru dikuasakan cip lama Samsung

  • OLEH Najib
  • 9:32 am
  • 26/10/2022
  • Komen
Galaxy A04s peranti murah terbaru dikuasakan cip lama Samsung
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari peranti paling murah dan mahukan hanya jenama Samsung, anda kini ada pilihan baru. Samsung Malaysia baru sahaja melancarkan Galaxy A04s, peranti dengan harga sangat mampu milik.

Sepatutnya, Galaxy A04s menggantikan tempat telefon murah Samsung sebelum ini iaitu Galaxy A03 dan Galaxy A03s yang dilancarkan di bawah RM600. Tetapi harga ini tidak lagi dikekalkan, sebaliknya Galaxy A04s kini dijual pada harga melebihi RM600.



Harga dan Lokasi jualan Galaxy A04s

Orang ramai boleh mula membeli Galaxy A04s di Malaysia sekarang. Ia terdapat dalam 2 varian tetapi harga yang tidak jauh berbeza:

  • Samsung Galaxy A04s (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM679
  • Samsung Galaxy A04s (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM699

Ia telah dijual atas talian, di Stor Online Samsung Malaysia tetapi pada harga lebih murah untuk 128GB, RM679 sahaja. Anda juga boleh mendapatkannya di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Galaxy A04s

Sudah lama tidak kelihatan Samsung menggunkan cip pemproses sendiri. Di Galaxy A04s, ia dikuasakan cip Exynos 850 8nm 8-teras, RAM 4GB dan storan sehingga 128GB. Samsung mengiklankan Galaxy A04s dengan RAM 8GB kerana ia ada teknologi RAM Plus, iaitu RAM maya yang boleh ditambah sebanyak 4GB. Kad MikroSD diterima sehingga 1TB.

Skrinnya jenis LCD 6.5-inci, resolusi HD (1600×720) dan ada kadar penyegaran 90Hz. Ia bertakuk kecil di dahi, memuatkan kamera hadapan 5MP F2.2. Di belakang, ia menggandingkan kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP.

Tenaga pula disalurkan oleh bateri 5,000mAh di dalam, menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C. Pengimbas capjari ada di sisi, digabungkan dengan butang kuasa.

Speaker hanya mono di Galaxy A04s tetapi ia masih ada jek audio 3.5mm. Sistem operasi yang digunakan adalah One UI Core 4, berasaskan Android 12.

Terdapat tiga warna boleh dipilih untuk Galaxy A04s iaitu hitam, hijau dan gangsa. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy A04s.


Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy A03s: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Hanya perlu belanja bawah RM500 untuk dapatkan Samsung Galaxy A03 ini
Tags: samsungSamsung Galaxy A04s
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Galaxy A04s peranti murah terbaru dikuasakan cip lama Samsung

Galaxy A04s peranti murah terbaru dikuasakan cip lama Samsung

26 October 2022
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER