• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Sony LinkBuds S ini diperbuat daripada botol air yang dikitar semula

  • OLEH Najib
  • 1:17 pm
  • 27/10/2022
  • Komen
Sony LinkBuds S ini diperbuat daripada botol air yang dikitar semula
Share on FacebookShare on Twitter

Fon telinga dan fon putik Sony, terkenal dengan kualiti bunyi terbaik. Jika anda mendapati harga Sony WF-1000XM4 agak mahal, Sony ada pilihan yang lebih murah iaitu Sony LinkBuds S.

Sony kini mengumumkan kedatangan warna terbaru untuk LinkBuds S, disebut sebagai ‘Earth Blue‘ atau biru bumi. Ia menyertai tiga warna sedia ada yang dilancarkan sejak Jun lepas iaitu putih, hitam dan emas.



Tetapi warna biru ini bukan warna sebarangan, kerana fon putik ini dihasilkan menggunakan botol air yang dikitar semula. Ini memberikan kemasan ala marmar yang menarik.

Di samping itu, Sony mengekalkan komitmen mereka dalam penghasilan produk mesra alam dengan menggunakan bungkusan tanpa plastik sepenuhnya. Ada beberapa bahagian di fon putik juga menggunakan bahagian kenderaan yang dikitar semula.



Jika anda berminat dengan warna baru ini, ia akan dijual di Malaysia pada 14 November 2022. Sony tidak menyatakan ada perubahan harga dan jika sama, Sony LinkBuds S Blue Earth boleh dibeli dengan harga RM929. Stor Sony Malaysia kini menjual warna lain LinkBuds S pada harga diskaun, RM699 sahaja.

Kemaskini sambungan pelbagai titik

Selain memperkenal warna baru, Sony turut mengumumkan kemaskini baru untuk LinkBuds S dan WF-1000XM4 iaitu sokongan sambungan pelbagai titik. Dengan fungsi ini, pengguna boleh menghubungkan fon putik ini kepada dua peranti serentak, seperti telefon pintar dan laptop.

Apabila digunakan, pengguna boleh mendengar lagu di laptop dan menjawab panggilan di telefon pintar tanpa perlu bertukar sambungan Bluetooth. Sokongan ini akan tersedia pada bulan November 2022.

Spesifikasi Sony Linkbuds S

Linkbuds S memiliki pemacu bunyi 5mm, sedikit lebih kecil berbanding WF-1000XM4 yang menggunakan pemacu 6mm. Tetapi banyak teknologi agak serupa juga terdapat di LinkBuds S seperti cip pemproses bunyi V1, penyaring hingar aktif (ANC), DSEE Extreme, sokongan Hi-Res Audio menerusi codec LDAC, serta audio spatial 360.

Kekurangan ketara di LinkBuds S ialah tiada sokongan pengecasan wayarles di bekas penyimpan. Ia mengecas menerusi USB-C sahaja. Kelebihan utama pula adalah badannya yang lebih kecil dan kompak berbanding WF-1000XM4.

Hayat baterinya boleh tahan sehingga 6 jam di putik bersama ANC aktif atau 9 jam tanpa ANC, dan sehingga 20 jam bersama bekas penyimpan. Mengecas putik selama 5 minit pula, boleh memberikan masa penggunaan selama 60 minit.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Sony LinkBuds S. Anda juga boleh menonton reviu Dzamira yang telah mengujinya.

Bacaan Berkaitan

  • Sony Linkbuds S ada spesifikasi hampir sama dengan WF-1000XM4 tapi RM170 lebih murah
  • Sony WF-1000XM4, fon telinga ANC lebih kecil dengan hayat bateri lebih lama
  • Siri JBL Tour, pesaing kepada siri Sony 1000XM4
  • Tahukah anda, fon telinga terbaik Sony dibuat di Malaysia?
Tags: Sonysony linkbuds s
Najib

Najib

POPULAR

Sony LinkBuds S ini diperbuat daripada botol air yang dikitar semula

Sony LinkBuds S ini diperbuat daripada botol air yang dikitar semula

27 October 2022
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN