• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Individu positif COVID-19 dibenar mengundi, ini protokol yang ditetapkan KKM

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:22 am
  • 14/11/2022
  • Komen
PRU15: Telefon bimbit dilarang guna semasa mengundi, banteras rasuah dan sogokan
Share on FacebookShare on Twitter

Hari mengundi untuk PRU-15 semakin dekat dan ia merupakan tanggungjawab individu yang layak untuk terlibat. Namun anda pernah tak terfikir, sekiranya seseorang itu positif COVID-19, bolehkah dia hadir ke pusat mengundi? Jawapannya boleh tapi dengan beberapa peraturan.

Berdasarkan perkongsian dari KKM, individu positif COVID-19 diwajibkan memakai pelitup muka dan pemakaiannya juga digalakkan kepada pengundi lain. Seterusnya, pengundi positif COVID-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk Grab. Ini bermaksud mereka perlu menaiki kenderaan sendiri untuk ke pusat mengundi.



Mereka juga tidak dibenarkan untuk singgah kemana-mana sebelum dan selepas mengundi, sebaliknya harus segera pulang ke rumah setelah selesai urusan. Walaupun orang lain tidak tahu sama ada anda positif COVID-19 atau tidak, tapi menjadi tanggungjawab anda untuk jujur dengan orang lain.

Di samping itu, semua pengundi perlu pastikan tangan dibersihkan dengan pensanitasi tangan semasa mengundi. Dalam masa yang sama, disyorkan juga untuk bawa pensanitasi tangan sendiri. Akhir sekali, pengundi positif COVID-19 perlu patuhi penjarakan fizikal yang selamat. Ini mungkin sama seperti SOP untuk mengawal penularan wabak COVID-19 dahulu iaitu penjarakan fizikal 1 meter.



Di pusat mengundi nanti, akan ditempatkan petugas kesihatan untuk bantu memudahkan urusan pengundian bagi pengundi positif COVID-19. Jadi, sekiranya anda positif COVID-19, anda bolehlah maklumkan kepada mereka. Saya tidak pasti jika barisan individu sihat dan individu positif COVID-19 akan bercampur atau tidak, cuma anda perlu ingat untuk sentiasa jaga jarak fizikal dan pakai pelitup muka untuk elak daripada dijangkiti virus tersebut, lebih-lebih lagi dengan kehadiran subvarian Omicron XBB di Malaysia sekarang.

Pada 12 November 2022, jumlah kes baru positif COVID-19 ialah 2882. Ini merupakan penurunan daripada jumlah kes baru pada 11 November iaitu 3245. Setakat ini, jumlah kes COVID-19 di Malaysia ialah 4,946,583.

[Sumber: KKM]

Bacaan berkaitan

  • PRU15: Telefon bimbit dilarang guna semasa mengundi, banteras rasuah dan sogokan
  • PRU15: Semak tempat mengundi anda sekarang
  • Manifesto BN PRU15: Laptop percuma untuk pelajar B40 & liputan 5G diseluruh sekolah dalam masa 18 bulan, kalau mereka menang
Tags: kkmPRU15
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

PRU15: Telefon bimbit dilarang guna semasa mengundi, banteras rasuah dan sogokan

Individu positif COVID-19 dibenar mengundi, ini protokol yang ditetapkan KKM

14 November 2022
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN