• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Capital A mahu jual AirAsia kepada AirAsia X, untuk atasi masalah PN17

  • OLEH Najib
  • 1:10 pm
  • 30/11/2022
  • Komen
AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi
Share on FacebookShare on Twitter

Capital A adalah nama baru kepada AirAsia Group, sejak ia diubah pada awal tahun ini untuk menunjukkan usaha syarikat mempelbagaikan lagi pelaburan dan perniagaan mereka selain penerbangan. Manakala AirAsia X, adalah satu lagi syarikat lain yang fokus kepada penerbangan jarak sederhana dan jauh.

Bagaimanapun, kedua-dua syarikat Capital A dan AirAsia X, telah diletakkan di bawah status Nota Amalan 17 (PN17) oleh Bursa Malaysia Securities Bhd kerana masalah kewangan dan perakaunan. Bagi merancang semula pelan penyusunan menyeluruh bagi menyelesaikan masalah PN17, Capital A mahu menjual perniagaan penerbangan mereka iaitu AirAsia Bhd dan AirAsia Aviation Group Ltd, kepada AirAsia X Bhd (AAX).



Nampak agak mengelirukan kerana nama yang hampir serupa, tetapi langkah ini akan menghasilkan pemisahan yang jelas antara tiga portfolio perniagaan utama Capital A, iaitu kumpulan penerbangan, kumpulan perniagaan digital dan kumpulan logistik serta perkhidmatan kejuruteraan penerbangan. Jika dibenarkan, Capital A akan dijenamakan semula sebagai kumpulan perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digital.

Sebagai pertukaran, AirAsia X akan memberikan saham kepada Capital A. Bermakna, pemegang saham Capital A akan menerima sebahagian saham AirAsia X.



Majlis pengumuman Capital A pada Januari 2022. Dari kiri: Colin Currie, Bo Lingam, Tony Fernandes dan Aireen Omar

Capital A menjangkakan untuk mengumumkan pelan penyusunan semula yang telah dimuktamadkan kepada pihak Bursa Malaysia Securities, pada bulan Januari 2023 dan diikuti dengan penyerahan untuk kelulusan dijangka pada Februari 2023. Pelaksanaannya pula dijangka selesai menjelang Julai 2023, tertakluk kepada kelulusan yang diperlukan termasuk daripada Lembaga Pengarah, pemegang saham dan pemegang terbitan hak, Bursa Malaysia Securities dan pihak berkuasa berkaitan yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pihaknya sudah di penghujung kesan pandemik COVID-19, sama seperti kebanyakan syarikat penerbangan lain di seluruh dunia, dan ingin kembali bersaing dengan lebih kukuh daripada sebelumnya. Syarikat penerbangan dan rangkaian perniagaannya juga sudah mula kembali ke tahap pra-pandemik dan perniagaan digitalnya telah menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada apa yang telah dijangkakan.

[Sumber: AirAsia, Berita Harian]

Bacaan Berkaitan

  • Tony Fernandes letak jawatan AirAsia X, adakah PN17 sudah selesai?
  • AirAsia ambil rakan penghantar kerja sepenuh masa, apa manfaat yang mereka dapat?
  • AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi
  • Macam muflis di Malaysia, AirAsia intai bursa A.S untuk disenaraikan
Tags: AirAsiaAirAsia XCapital ATony Fernandes
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
AirAsia gembira kembali ke Terminal 4 Changi Singapura, lebih efisyen dan murah untuk operasi

Capital A mahu jual AirAsia kepada AirAsia X, untuk atasi masalah PN17

30 November 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN