• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda melanun video cetak rompak di Telegram? Identiti anda boleh didedahkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:15 pm
  • 06/12/2022
  • Komen
Kriptowang Telegram Siap Sedia Pintas Bitcoin & Ethereum
Share on FacebookShare on Twitter

India adalah salah satu pasaran terbesar untuk Telegram yang mengandungi hampir 150 juta pengguna aktif. Seperti pasaran lain, cetak rompak adalah masalah utama yang membelenggu platform ini kerana kemampuannya untuk mengehoskan fail yang besar disamping tahap kerahsiaan yang tinggi.

Namun, tidaklah mustahil untuk menjejak pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Seorang guru di India berjaya memaksa Telegram mendedahkan nombor telefon dan alamat IP operator saluran Telegram yang menyebarkan kandungan mengajarnya tanpa kebenaran. Kandungan mengajar itu asalnya beliau jual sebagai sumber pendapatan tapi dijual semula oleh pencetak rompak pada harga yang lebih murah.



Tidak berpuas hati, guru tersebut menyaman Telegram kerana dia merasakan yang platform itu tidak bersungguh-sungguh dalam menyekat operasi cetak rompak. Mahkamah India telah mengarahkan Telegram untuk berkongsi maklumat yang diperlukan dan memberitahu platform permesejan itu supaya patuh pada undang-undang India.

Telegram telah berusaha untuk melawan arahan itu dengan alasan yang pengkalan data mereka berada di Singapura dan sekiranya mereka berkongsikan maklumat sensitif itu, mereka mungkin melanggar undang-undang Singapura. Namun, mahkamah India menolak alasan itu.



Anda rasakan aktiviti melanun anda selamat? Fikirkan kembali.

Sumber: TechCrunch

Tags: keselamatantelegram
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Kriptowang Telegram Siap Sedia Pintas Bitcoin & Ethereum

Anda melanun video cetak rompak di Telegram? Identiti anda boleh didedahkan

6 December 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN