• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Stesen pengecas EV Gentari 350kW rupanya tidak beroperasi pada kapasiti penuh, ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:55 pm
  • 07/12/2022
  • Komen
Stesen pengecas EV Gentari 350kW rupanya tidak beroperasi pada kapasiti penuh, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Hujung November 2022, sebuah stesen pengecas EV telah dilancarkan oleh Gentari dan ia dimaklumkan sebagai yang pertama seumpamanya di rantau Asia Tenggara dek kebolehannya mengecas pada kadar 350kW. Lokasinya terletak di X Park Sunway Serene.

Gentari lancar Pengecas Awam 350kW pertama di Asia Tenggara, bayar ikut kadar tenaga



Sehingga 15 Disember, perkhidmatan pengecasan di hub ini diberikan secara percuma bagi membolehkan pemilik EV untuk merasai sendiri manfaat pengecasan pantas buat EV yang menggunakan sistem 800V.

Pengecasan EV 350kW percuma Gentari disediakan untuk waktu terhad di X Park Sunway Serene



Walau bagaimanapun, didapati yang stesen pengecas tersebut tidak beroperasi pada tahap sepenuhnya iaitu 350kW seperti yang diwar-warkan, walaupun untuk EV yang menyokong kuasa sehingga paras itu.

Sewaktu pelancaran, kami dapati yang sebuah Kia EV6 yang sepatutnya boleh menarik kuasa maksimum 350kW tapi cuma sewaktu dicas di sana, cuma menarik maksimum 173kW sahaja. Kami turut mengecas sebuah Hyundai Ioniq 5 yang ada paras bateri 20% dan sistem pengecas Cuma memaparkan 173kW maksimum.

Tidak dimaklumkan sewaktu hari pelancaran, kami mendapatkan penjelasan pihak Gentari berkenaan isu ini. Maklum balas yang diterima daripada pihak pengendali stesen pengecas adalah memang mereka mengenakan had 175kW buat masa ini dan akan menyahhad pada 15 Disember 2022, sewaktu tempoh promo pengecasan percuma tamat.

Antara rasionalnya adalah mereka sedang melalukan ujian dan mengoptimumkan sistem pengecasan stesen ini dan akan selesai pada 15 Disember 2022. Ia bagi memastikan rangkaian pengecasan mereka teguh dan boleh diharap.

Selepas tempoh promosi tamat, X Park menggunakan sistem pembayaran yang dikendalikan Setel ataupun JomCharge. Menurut Gentari, kadar bayaran adalah seperti berikut:

  • 350kW DC pada RM1.20/kWh
  • 180kW DC pada RM1.00/kWh
  • Pengecasan AC pada RM0.55/kWh
Tags: EVGentari
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Stesen pengecas EV Gentari 350kW rupanya tidak beroperasi pada kapasiti penuh, ini sebabnya

Stesen pengecas EV Gentari 350kW rupanya tidak beroperasi pada kapasiti penuh, ini sebabnya

7 December 2022
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN