• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Liputan 5G kini terdapat di Sabah dan Sarawak

  • OLEH Najib
  • 11:01 am
  • 08/12/2022
  • Komen
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun tahun 2022 sudah hampir sampai penghujung, Digital Nasional Berhad (DNB) selaku penyedia tunggal rangkaian 5G di Malaysia telah selesai mengaktifkan 5G buat pertama kali di Malaysia Timur. Di dalam peta liputan 5G DNB, kelihatan bandar Kuching dan Kota Kinabalu kini telah diliputi rangkaian 5G.

Di Kuching, rangkaian 5G kini meliputi pusat bandar Kuching, Sentosa, Kampung Kenyalang Park, Metro City, Petra Jaya, Bandar Baru Samariang, Sekama dan Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).



Peta 5G DNB di Kuching

Manakala di Kota Kinabalu, liputan 5G terdapat di pusat bandar, Petagas, Penampang, Donggongon, Inanam, Sepangar, Putatan, Kinarut, Taman Indah Permai dan Telipok.

Peta 5G DNB di Kota Kinabalu

Di dalam perancangan sedia ada DNB, ia mensasarkan untuk mencapai 40% liputan 5G di kawasan populasi pada akhir tahun 2022 dan meliputi 80% pada akhir 2024. Buat masa ini, hanya lima syarikat telekomunikasi yang telah menawarkan perkhidmatan 5G kepada pengguna di Malaysia iaitu Celcom, Digi, U Mobile, Telekom Malaysia and YTL Communications. Pengguna dengan peranti 5G yang serasi, melanggan pelan sedia 5G dan berada di dalam liputan 5G, boleh mula menikmati perkhidmatan 5G.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan mahu menyemak semula pelan pembangunan 5G menerusi model Rangkaian Borong Tunggal (SWN). Dalam kenyataannya, ia perlu dikaji kerana tidak dilakukan dengan telus dan tender terbuka sebelum ini.

Perkara ini turut disokong oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil yang menerangkan bawah pelan pembangunan 5G oleh DNB akan diteruskan seperti dirancang tetapi kajian semula akan turut dibuat.

Bacaan Berkaitan

  • Fahmi Fadzil beri lampu hijau untuk DNB terus bangunkan 5G, tapi kajian semula tetap dibuat
  • PMX arah tender 5G yang dianugerahkan kepada DNB dikaji semula
  • Ini senarai telefon terbaik yang sokong 5G Malaysia, daripada paling murah hinggalah paling mahal
Tags: 5gDNB
Najib

Najib

POPULAR

Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

Liputan 5G kini terdapat di Sabah dan Sarawak

8 December 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN