• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Mini 3: Sangat sesuai untuk jadi dron berkamera pertama anda dek harganya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:36 am
  • 12/12/2022
  • Komen
DJI Mini 3: Sangat sesuai untuk jadi dron berkamera pertama anda dek harganya
Share on FacebookShare on Twitter

DJI Mini 3 adalah entri terbaharu dalam penawaran dron berkamera DJI untuk tahun 2022. Dariapda segi spesifikasi dan harga, ia sangat sesuai untuk dijadikan dron permulaan ataupun dron sandaran kepada dron sedia ada anda.

Harga DJI Mini 3 di Malaysia

Buat sesiapa yang berminat untuk mendapatkan dron berkamera ini, ia sudahpun dijual dalam pasaran Malaysia dan anda boleh singgah ke laman jualan dalam talian Lazada ataupun Shopee untuk berolehnya.



Jarang untuk lihat DJI melancarkan dron pada harga bawah RM2,000. Kali terakhir kita melihatnya adalah DJI Mini SE pada harga bermula RM1,349 tahun 2021 dan DJI Spark tahun 2017. DJI Mini 3 memiliki tanda harga seperti berikut:

  • DJI Mavic 3 (dron sahaja) – RM1,999
  • DJI Mavic 3 (dengan alat kawalan RC-N1) – RM2,399
  • DJI Mavic 3 (dengan alat kawalan RC) – RM3,099
  • DJI Mavic 3 Fly More Combo Plus (dengan alat kawalan RC-N1) – RM3,299
  • DJI Mavic 3 Fly More Combo Plus (dengan alat kawalan RC) – RM3,999
Kiri DJI RC-N1, kanan DJI RC

Harga pembukaan RM1,999 sudah semestinya ditujukan kepada pengguna yang sudahpun ada alat kawalan daripada dron-dron DJI sedia ada. Buat pengguna baharu, entri terendah yang boleh dipertimbangkan adalah RM2,399 yang memberikan anda alat kawalan RC-N1.



Buat pengguna yang perlukan waktu operasi lebih panjang, mereka ada pilh Fly More Combo Plus yang berikan ada beg, dua bateri tambahan, dan pengecas.

Spesifikasi Dji Mini 3

Bagi merendahkan harga jualannya, beberapa kompromi telah dilakukan pengeluar dron ini. Sebahagian besarnya adalah pada ciri keselamatan. Misalnya, protokol kawalan dron yang digunakan adalah jenis laman iaitu OcuSync 2 berbanding 3 sekarang. Kekurangannya boleh dilihat pada jarak operasi yang lebih pendek iaitu 10km berbanding 12km.

Kemudian, komponen pengesan halangan semuanya dibuang kecuali satu yang menghala ke bawah. Di model Pro, anda ada pengesan di depan, di belakang, dan di bawah.

Pengurangan komponen elektronik bermakna ia gunakan kurang bateri. Dilaporkan yang dron ini memiliki tempoh operasi 38 minit dengan satu bateri penuh ataupun 51 minit sekiranya bateri Intelligent Flight Battery Plus digunakan.

Di bahagian kamera, ia masih mengekalkan kamera berkuasa yang boleh anda temukan pada variasi Pro. Anda masih dapat kamera 48MP yang merakam video 4K@60 menerusi sensor 1/1.3” F1.7.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: djidji mini 3dron
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
DJI Mini 3: Sangat sesuai untuk jadi dron berkamera pertama anda dek harganya

DJI Mini 3: Sangat sesuai untuk jadi dron berkamera pertama anda dek harganya

12 December 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN