• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Mini SE belum diumumkan, tapi sudah dijual di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:23 am
  • 30/06/2021
  • Komen
DJI Mini SE belum diumumkan, tapi sudah dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Trend DJI menjual produk yang belum dilancarkan secara rasmi diteruskan dengan DJI Mini SE. Produk itu dikesan disenaraikan untuk jualan oleh SenQ Malaysia pada harga RM1,349.

Sebelum ini, DJI Mini 2 telah dijual beberapa outlet beberapa hari sebelum pengumuman rasmi.



Seperti di laman SenQ tadi, DJI Mini SE dijual pada harga RM1,349. Untuk perbandingan, DJI Mini 2 dan DJI Mavic Mini masing-masing dijual pada harga RM1,899 dan RM1,599.

Pada harga sebegitu, DJI Mini SE kini adalah dron DJI paling mampu milik boleh anda dapatkan. Tiada maklumat tentang Fly More Combo untuk Mini SE yang biasanya dijual sekali dengan kombo tunggal.



Spesifikasi DJI Mini SE

Disebabkan masih tiada halaman produk rasmi dimuat naik oleh pihak DJI, spesifikasi rasmi produk ini turut samar-samar. Yang ada cumalah maklumat daripada penjual sendiri.

Antara spesifikasi yang boleh anda jangkakan ialah resolusi video sehingga 2.7K dengan jarak komunikasi antara pilot dengan dron sejauh 4 km. Dron ini menyediakan tapak pemula yang lebih murah harganya kepada yang baru ingin berjinak dalam dunia videografi dron.

Di Dji Mini 2 yang lebih mahal, ia miliki OccySync yang mampu berikan jarak komunikasi lebih jauh, sehingga 8km. Kemudian, suapan video ke alat kawalan dihantar dalam bitrate 8 Mbps.

Tempoh penerbangan Mini 2 adalah sekitar 30 minit berbekalkan bateri 2,250mAh dan jisimnya yang kurang daripada 250g.

Tags: djidji mini sedronmalaysiaSenQsenq Malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
DJI Mini SE belum diumumkan, tapi sudah dijual di Malaysia

DJI Mini SE belum diumumkan, tapi sudah dijual di Malaysia

30 Jun 2021
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
5 info menarik sekitar pelancaran MEASAT-3d, satelit pemancar terbaharu Astro

5 info menarik sekitar pelancaran MEASAT-3d, satelit pemancar terbaharu Astro

20 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER