• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Air Force The Movie, Rasuk dan Biko akan disiarkan di Netflix tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 1:50 pm
  • 11/01/2023
  • Komen
Air Force The Movie, Rasuk dan Biko akan disiarkan di Netflix tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix adalah platform penstriman terkemuka di dunia dan mempunyai ramai pelanggan di Malaysia. Selain kandungan pecah panggung Hollywood, Netflix juga banyak menyiarkan kandungan tempatan dan serantau.

Tidak lama lagi, pengguna Netflix di Malaysia akan dapat menonton kandungan tempatan yang bakal menjengah di Netflix tidak lama lagi. Netflix Malaysia telah membariskan beberapa filem keluaran Malaysia yang akan disiarkan tidak lama lagi.



1. Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Filem pertama adalah “Air Force The Movie: Selagi Bernyawa“. Filem yang mula ditayangkan di pawagam pada Ogos 2022 mengiringi filem Mat Kilau yang menjadi fenomena dan memecah rekod tayangan di Malaysia tahun lepas. Ia akan bersiaran di Netflix mulai 25 Januari 2023.

Air Force The Movie, mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. 



Mengetahui perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menggerakkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang juruterbang SUKHOI, berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

2. Rasuk

Filem kedua adalah Rasuk. Ia akan terdapat di Netflix mulai 15 Februari 2023. Rasuk ialah sebuah filem seram Malaysia 2022 arahan James Lee dengan cerita asal oleh Laili Nordin dan skrip oleh Muhamad Adib. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 29 September 2022.

Rasuk membawakan cerita tentang seorang guru yang perlu mengetepikan trauma peribadi, untuk membangkitkan semangat sekolahnya dalam perjuangan melawan sekumpulan pelajar ganas yang dirasuk. Ia membariskan pelakon seperti Alif Satar, Ikmal Amry, Elisya Sandha dan Alicia Amin.

3. Biko

Ketiga adalah Biko, akan terdapat di Netflix mulai 27 Februari 2023. Biko merupakan seorang budak yang dibesarkan oleh ayahnya, Izwan. Biko bertemu semula dengan emaknya Sara, semasa menghadiri uji bakat untuk muzik video Sara. Namun, kebahagian Biko tidak berkekalan kerana Izwan terlibat di dalam sebuah kemalangan yang mungkin memisahkan keluarga ini selama-lamanya. https://www.netflix.com/title/81631031

Biko dilakonkan oleh Syed Irfan, manakala watak Izwan dibawa oleh Azrel Ismail dan Sara oleh Baby Shima. Sara Ali pula membawa watak Sherry di dalam filem ini.

Pengumuman kandungan tempatan di platform penstriman seperti Netflix pastinya memberi peluang kepada peminat di Malaysia untuk menikmati lebih banyak karya warga sendiri. Ia mungkin mendapat maklum balas yang berbeza berbanding pawagam, tetapi akan dijangkaui lebih ramai terutama di luar Malaysia.

Belum ada Netflix? Jangan risau, anda boleh langgannya sekarang dengan harga serendah RM17/bulan untuk tontonan di peranti mudah alih sahaja, sehinggalah RM55/bulan untuk tontonan sehingga 4 peranti serentak dengan kualiti tertinggi Ultra HD.

[Sumber: Netflix]

Bacaan Berkaitan

  • Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan disiarkan di Netflix, boleh ditonton di TV atau peranti mudah alih
  • Seluruh dunia boleh tonton ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ di Netflix mulai 16 September
  • Tonton semula Mat Kilau, Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan banyak lagi filem buatan Malaysia di Netflix
Tags: Air Force The MovieBikoNetflixRasuk
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Air Force The Movie, Rasuk dan Biko akan disiarkan di Netflix tidak lama lagi

Air Force The Movie, Rasuk dan Biko akan disiarkan di Netflix tidak lama lagi

11 January 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER