• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Tol percuma sempena Tahun Baru Cina 2023? Ini 4 perkara yang perlu anda tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:11 am
  • 19/01/2023
  • Komen
Piala Dunia 2018: Jadual pusingan 16 dan cara menonton percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan insentif pemberian tol percuma sempena Tahun Baru Cina 2023. Tentu ramai yang akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung dengan tempoh cuti yang agak panjang iaitu selama 4 hari. Tapi sebelum pulang beraya, ini adalah 4 perkara penting yang perlu anda tahu.

1. Bila kadar percuma berkuat kuasa?

Insentif tol percuma berkuat kuasa antara 20 Januari 2023 jam 12:01 tengah malam  hingga 21 Januari jam 11:59 malam.



Sepanjang tempoh tersebut, tiada sebarang caj akan dikenakan sekiranya anda melalui tol yang memerlukan bayaran. Untuk tol sistem terbuka mungkin tiada masalah, tapi untuk tol sistem tertutup, ada satu perkara yang perlu anda beri perhatian.

Lebuh raya seperti Lebuhraya Utara Selatan menggunakan sistem terutup. Jadi, waktu masuki lebuh raya tidak akan digunakan untuk menentukan sama ada anda layak menerima insentif.



2. Anda masih perlu gunakan kad TNG, SmartTAG, dan RFID

Walaupun percuma, kebiasaannya palang di plaza tol tidak akan dibiarkan terbuka. Anda masih perlu tap kad TNG, ataupun lalu di lorong SmartTAG dan RFID seperti biasa untuk meneruskan berjalanan. Cumanya, baki tidak akan ditolak daripada kad ataupun eWallet anda.

Sekiranya anda melalui lebuh raya dengan sistem tertutup seperti Lebuhraya Utara-Selatan, anda perlu masuk dan keluar menggunakan kaedah pembayaran yang sama untuk menikmati kadar tol percuma. Sistem tertutup merujuk kepada pembayaran yang dilakukan ketika keluar daripada lebuh raya dan bukannya pembayaran di setiap plaza tol.

Akhir sekali, pastikan kad TNG anda tidak dorman. Anda boleh periksa status kad anda sama ada aktif ataupun dorman dengan menambat kad ke dalam eWallet ataupun lihat di TNG Portal.

3. Sekiranya anda tidak sempat keluar lebuh raya sebelum tengah malam

Lagi tentang tol bersistem tertutup. Pastikan anda keluar ketika tempoh insentif sedang berjalan. Sekiranya tidak sempat, anda boleh keluar di mana-mana plaza tol terhampir dengan anda sebelum tempoh insentif tamat. Kemudian, masuki semula plaza tol untuk teruskan perjalanan.

Dengan cara ini, anda memaksimumkan kadar diskaun anda.

Misalnya, anda daripada Kuala Lumpur (Sungai Besi) dan menghala ke Johor Bharu (Skudai), tol yang akan dikenakan adalah RM33.21. Sekiranya hampir tengah malam anda baru tiba di Simpang Pulai, anda boleh keluar dan jimat RM23.71 kerana dari Simpang Pulai ke Skudai, bayarannya cuma RM9.68.

4. Anda pulang beraya melalui “jalan dalam”

Jalan persekutuan dan negeri tiada plaza tol, dan sentiasa percuma. Tapi, anda perlu cakna yang sehingga 28 Januari 2023, had laju di jalan-jalan tersebut telah diturunkan sebanyak 10km/j. Makanya di kawasan berhad laju 90km/j, had laju sementara akan jadi 80km/j.

Bacaan berkaitan

Memotong barisan di jalan raya kini kesalahan trafik dibawah terus ke mahkamah

Had laju di Jalan Persekutuan diturunkan daripada 90km/j kepada 80km/j selama 10 hari

Tags: lebuh rayaLebuhrayatahun baru cina 2023
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Piala Dunia 2018: Jadual pusingan 16 dan cara menonton percuma

Tol percuma sempena Tahun Baru Cina 2023? Ini 4 perkara yang perlu anda tahu

19 Januari 2023
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER