• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan terbaru Telegram premium pada harga RM128, berbaloi ke?

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:58 pm
  • 08/02/2023
  • Komen
Pelan terbaru Telegram premium pada harga RM128, berbaloi ke?
Share on FacebookShare on Twitter

Telegram sekali lagi melancarkan harga pelan yang baru untuk Telegram premium, dan terdapat beberapa perubahan penawaran yang lebih berbaloi. Pelan yang baru ini datang dengan harga bulanan yang lebih murah jika dilanggan secara tahunan.

Harga baru untuk langganan tahunan adalah RM127.90, bermaksud bayaran bulanan akan menjadi serendah RM10.65. Pelan tahunan yang baru ini memberi penjimatan sebanyak 35% daripada langganan bulanan RM16.90. Ini membuatkan pelan tahunan lebih menarik dan berbaloi bagi pengguna tegar Telegram atau yang memerlukan ciri lebih canggih.



Harga bulanan tersebut mempunyai penurunan yang drastik, menjadikannya lebih murah jika dibandingkan dengan masa awal pelancaran. Ketika dilancarkan pada Jun tahun lepas, Telegram hanya menawarkan pelan RM23 bagi langganan bulanan untuk platform IOS dan Android.

Tidak lama lepas itu, harga telah diturunkan kepada RM13.90 pada September tahun lepas, tetapi naik RM1 pada Januari tahun ini. Walaupun harga baru telah diumumkan, ia hanya boleh dilihat pada aplikasi telefon bimbit kerana versi desktop dikatakan masih memaparkan harga lama pelancaran RM22.90.



Selain harga baru, Telegram juga menambah beberapa fitur baru khususnya pada pengguna premium. Antara ciri ekstra yang baru bagi pada pengguna premium adalah ciri menterjemah keseluruhan chat, kumpulan dan saluran dengan menekan bar terjemah sahaja. Berita baik adalah ciri terjemah ini sebenarnya dapat digunakan semua pengguna, tetapi ada had dimana hanya boleh menterjemah mesej secara individu.

Selain ciri terjemah, ciri profile picture maker juga boleh dinikmati semua pegguna yang membolehkan stiker atau animated emoji dijadikan sebagai gambar profil. Ciri sedia ada bagi pengguna premium termasuk stiker eksklusif, tiada iklan, transkripsi mesej audio, kelajuan muat turun lebih laju dan lencara profil premium.

Bagi saya, pelan premium yang baru ini satu langkah yang stratergik oleh Telegram untuk menarik pelanggan baru, serta mengekalkan pelanggan lama. Ini adalah kerana harga baru yang diumumkan jauh lebih murah untuk langganan tahunan serta ciri premium yang lebih berguna.

[Sumber: Lowyat.net]

Tags: telegramtelegram androidTelegram iOStelegram premium
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

19 September 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

14 September 2023
Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

20 September 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
iPhone 14 Plus lebih besar mula dijual di Malaysia, ketahui harga dan tempat untuk membelinya

Harga rasmi iPhone 14, iPhone 13 dan iPhone SE kini lebih murah di Malaysia

13 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER