• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Aplikasi mencari Menu Rahmah yang sedang dibangunkan akan memudahkan rakyat menjejakinya

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:01 pm
  • 09/02/2023
  • Komen
Aplikasi mencari Menu Rahmah yang sedang dibangunkan akan memudahkan rakyat menjejakinya
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia pasti ada dengar tentang Menu Rahmah yang digembar-gemburkan baru-baru ini. Dalam inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang tinggi, Menu Rahmah telah diperkenalkan dengan menawarkan harga makanan tengah hari dan malam serendah RM5. 

Menu Rahmah yang sedang giat diusahakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), akan lebih mudah dicari menerusi pembangunan aplikasi khas sebagai panduan untuk rakyat mencari dan menikmati inisiatif tersebut. Buat masa sekarang, Menu Rahmah masih belum diperluas lagi dengan hanya ada beberapa kedai yang menyediakan menu tersebut termasuk Mydin, dan beberapa lagi kedai mamak. 



Walaupun dengan hebahan di media sosial dan berita, masih agak sukar untuk rakyat tentukan restoran dan kedai mana yang menawarkannya. Oleh itu, aplikasi yang akan dibangunkan akan memaparkan direktori tempat yang menyediakan Menu Rahmah berhampiran mereka, kata Menteri KPDN Datuk Seri Salahuddin Ayub. Selain itu, aplikasi itu juga akan menyatakan info-info berkaitan restoran serta mempromosikan Menu Rahmah.

Tambah beliau, aplikasi tersebut akan dilancarkan tidak lama lagi dan berharap supaya rakyat memberi mereka masa untuk bangunkannya. Untuk pengetahuan semua, kerajaan juga menekankan inisiatif ini bukan satu paksaan bagi pengusaha restoran untuk menawarkan menu ini dan ianya adalah satu langkah sukarela oleh pengusaha kedai tempatan.



Pada awalnya, Menu Rahmah mula ditawarkan selepas kerajaan mengadakan perbincangan bersama pihak Mydin, Persatuan Restoran India Muslim dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia. Setakat ini, program ini mendapat sambutan yang baik di sekitar Lembah Klang sebagai permulaan, dan akan dikembangkan lagi ke seluruh Malaysia dalam masa yang terdekat, melibatkan 600 pengusaha restoran tempatan.

[Sumber: Harian Metro]

Tags: foodmenu RahmahSalahuddin Ayub
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Aplikasi mencari Menu Rahmah yang sedang dibangunkan akan memudahkan rakyat menjejakinya

Aplikasi mencari Menu Rahmah yang sedang dibangunkan akan memudahkan rakyat menjejakinya

9 February 2023
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN