• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find N2 Flip akan tembusi pasaran global pada 15 Februari 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:30 pm
  • 13/02/2023
  • Komen
Oppo Find N2 Flip akan tembusi pasaran global pada 15 Februari 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah menjadualkan satu acara pelancaran produk baharu pada 15 Februari 2023 yang akan bertempat di London pada jam 10:30 malam waktu Malaysia. Produk yang bakal dilancarkan adalah Oppo Find N2 Flip, sebuah telefon boleh lipat yang telah mereka jual dalam pasaran China tahun 2022 sudah.

Oppo Find N2 Flip adalah pesaing rapat kepada Samsung Galaxy Z Flip4. Mereka adalah telefon dalam kategori lipatan kerang. Apabila dalam keadaan terbuka, telefon ini ada panel paparan sebesar 6.8” beresolusi 2520 x 1080 daripada jenis panel AMOLED LTPO2 yang menyokong kadar segar semula dinamik sehingga 120Hz. Dalam keadaan tertutup, pengguna boleh pula memanfaatkan skrin sekundar 3.2” yang padanya ada resolusi 720 x 382.



Boleh didapati dalam pasaran China buat masa ini, Oppo Find N2 Flip diperkasa SoC Mediatek Dimensity 9000+ dengan kapasiti RAM LPDDR5 sehingga 16GB beserta storan 512GB UFS3.1.

Di jabatan pengimejan, sentuhan Hasselblad masih kelihatan pada sistem kamera Oppo Find N2 Flip. Sistem dwikamera belakang digunakan sebagai kamera utama dengan kamera pertama dibekalkan sensor 50MP F1.8 dengan kamera kedua sebagai penembak ultralebar dengan sensor 8MP F2.2.



Hanya satu kamera selfie disediakan pada telefon ini iaitu yang berada di sebelah dalam dengan sensor 32MP. Tak perlu risau ketiadaan kamera selfie luar kerana kamera utamanya terletak di sisi skrin sekundernya.

Memenuhi segala keperluan tenaga telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 4,700mAh dengan sistem pengecasan pantas 44W. Seperti saudara lebih besarnya, telefon ini menjalankan ColorOS 13 berasaskan Android 13 apabila keluar kotak.

Seperti yang dimaklumkan tadi, berikut adalah harga jualan Oppo Find N2 Flip dalam pasaran China:

  • RAM 8GB + Storan 256GB – CNY5,999 (RM3,804)
  • RAM 12GB + Storan 256GB – CNY6,399 (RM4,058)
  • RAM 16GB + Storan 512GB – CNY6,999 (RM4,438)

Untuk perbandingan, harga semasa  Galaxy Z Flip4 adalah RM4,099 (8+128), RM4,399 (8+256), dan RM4,899 (8+512).

Bacaan berkaitan

Oppo Find N2 Flip: Solusi kepada dominiasi Galaxy Z Flip 4?

Oppo Find N2 kini dengan engsel lebih tegap dan lebih ringan daripada iPhone

Tags: oppooppo findoppo find n2oppo find n2 fliptelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find N2 Flip akan tembusi pasaran global pada 15 Februari 2023

Oppo Find N2 Flip akan tembusi pasaran global pada 15 Februari 2023

13 February 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN