• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy S23 sudah ada kemaskini keselamatan pertama walaupun belum dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:48 pm
  • 22/02/2023
  • Komen
Galaxy S23, S23+ & S23 Ultra Malaysia: Harga rasmi dan apa kelebihan menempah sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Samsung Galaxy S23 walaupun telah dilancar di peringkat antarabangsa, ia masih belum dijual secara rasmi di Malaysia. Tetapi ia kini telah menerima kemaskini keselamatan yang pertama.

Menerusi kemaskini bernombor S91xBXXU1AWBD, pengguna yang telah memiliki mana-mana model Galaxy S23 menerusi tempahan awal di Malaysia telah mendapat notis kemaskini baru di peranti baru mereka. Laman web SamMobile pula memaklumkan, beberapa negara lain turut menerimanya seperti Indonesia dan India. Manakala di Eropah, pengguna telah mendapatnya beberapa hari lepas.



Di dalam nota kemaskini, ia hanya menerangkan secara umum. Antaranya kemaskini perisian ini sebagai naik taraf kestabilan peranti dan menampal pepijat, fungsi baru dan dipertingkat serta naik taraf prestasi. Beberapa aplikasi Samsung turut dikemaskini. Di samping itu, kemaskini keselamatan ini dilabel bertarikh 1 Februari 2023. Saiz fail kemaskini ini pula sekitar 500MB.

Promosi tempahan awal masih berjalan

Tempahan awal siri Galaxy S23 di Malaysia bermula sejak 17 Februari 2023 dan akan berakhir pada 23 Februari 2023. Jika anda masih berminat, anda berpeluang mendapatkan tawaran tempahan awal sebelum tamat tempohnya. Antaranya storan digandakan bernilai RM500, e-baucar RM400, diskaun sehingga 30% membeli bersama aksesori Samsung terpilih seperti jaminan tambahan Samsung Care+, Galaxy Tab, Watch dan Buds, serta tukar tebus peranti lama untuk rebat sehingga RM600.



Selepas tamat tempoh tempahan awal, Samsung menawarkan hadiah lain berupa jam pintar Galaxy Watch 5 40mm bernilai RM1,099 sebagai promosi jualan pertama di Malaysia. Tawaran ini berlangsung dari 24 Februari sehingga 31 Mac 2023.

Untuk mengenali siri Galaxy S23 dengan lebih lanjut, tonton video penerangan kami di bawah:

Bacaan Berkaitan

  • Penempah awal siri Galaxy S23 akan menerimanya mulai 17 Februari ini
  • Siri Samsung Galaxy S23: 10 perkara yang perlu anda tahu tentangnya
  • Galaxy S23, S23+ & S23 Ultra Malaysia: Harga rasmi dan apa kelebihan menempah sekarang
  • Samsung Galaxy S23 Ultra: Naik taraf terbanyak di kamera dengan Astrofotografi, Dwi-Piksel PDAF & 200MP
  • Samsung Galaxy S23 & S23+: SoC baharu dengan bateri lebih besar merentasi generasi
  • Beli Galaxy S23, dapat Galaxy Watch 5 secara percuma
Tags: Galaxy S23samsungsamsung galaxy s23
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy S23, S23+ & S23 Ultra Malaysia: Harga rasmi dan apa kelebihan menempah sekarang

Samsung Galaxy S23 sudah ada kemaskini keselamatan pertama walaupun belum dijual di Malaysia

22 February 2023
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN