• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ahli perniagaan hilang RM1 juta lepas jawab telefon? Maybank kena jawab

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:32 pm
  • 28/02/2023
  • Komen
Ahli perniagaan hilang RM1 juta lepas jawab telefon? Maybank kena jawab
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini dilaporkan seorang mangsa scam kehilangan RM1 juta selepas menjawab satu panggilan telefon. Persoalannya, bagaimana ia boleh berlaku dan bagaimana amaun sebesar itu boleh dipindahkan secara dalam talian? Yang peliknya, ini bukanlah kes melibatkan mangsa memuat turun perisian hasad.

Diminta beri nombor OTP tapi terus putuskan panggilan

Kes ini berlaku melibatkan seorang ahli perniagaan yang hanya dikenali sebagai Lee. Dia terpaksa berputih mata, apabila wang miliknya sebanyak RM1 juta lesap daripada akaun bank, sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon yang dkatakan daripada sebuah syarikat kurier nasional. Pemanggil itu mendakwa ada bungkusan untuk Lee dan memintanya memberikan OTP banknya.



Namun, Lee menamatkan panggilan terbabit kerana berasa curiga. Selepas itu, Lee menyemak akaunnya dan mendapati RM1 juta telah dikeluarkan daripada akaun Maybank miliknya tanpa kelulusan atau kebenaran. Malah, OTP atau pemberitahuan juga tidak dihantar kepada Lee.

Menurut rekod banknya, wang itu telah dipindahkan kepada sebuah syarikat telekomunikasi tempatan menerusi dua transaksi yang masing-masing sebanyak RM500,000. Dia seterusnya segera menghubungi bank untuk membuat aduan dan laporan polis.



Berikutan kes ini, aktivis DAP Sarawak, Michael meminta bank bertanggungjawab atas kerugian yang disebabkan oleh penipuan berkenaan. Pada masa sama, Michael turut mendesak pihak Maybank untuk memberikan penjelasan segera tentang bagaimana transaksi besar itu boleh berlaku. Tambahan lagi, jika seseorang itu mengeluarkan wang tunai RM20,000 daripada akaun banknya di kaunter, kebanyakan bank kini memerlukan pemegang akaun mengisi borang dan menjawab senarai soalan yang mewajarkan pengeluaran jumlah tersebut.

Berdasarkan maklumat di laman web Maybank, dinyatakan bahawa had pengeluaran harian kini adalah maksimum RM50 ribu bagi akaun jenis individu, manakala untuk akaun perniagaan pula ialah RM100 ribu. Had transaksi ini juga bukan automatik. Ini bermaksud pengguna sendiri perlu menukar had transaksi. Nampak sangat perkara ini berlaku akibat kelemahan perlindungan keselamatan dari bank. Bank yang terlibat sewajarnya perlu bertanggungjawab dan membayar balik kerugian mangsa.

Ini adalah kes pertama mengenai scam panggilan telefon sebegini yang saya tahu. Saya yakin ramai yang risau mengenai hal ini. Oleh itu, perkara yang anda boleh lakukan sekarang ialah, pasang aplikasi seperti Truecaller di dalam telefon. Aplikasi ini boleh bantu anda membezakan antara panggilan biasa, spam dan perniagaan. Sesiapa sahaja yang mempunyai aplikasi ini boleh halang atau menyekat panggilan daripada scammer, pemanggil spam atau sebarang nombor yang mencurigakan.

[Sumber: BH]
[Gambar: ChongChiengJen]

Tags: SCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ahli perniagaan hilang RM1 juta lepas jawab telefon? Maybank kena jawab

Ahli perniagaan hilang RM1 juta lepas jawab telefon? Maybank kena jawab

28 February 2023
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN