• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Promosi Honor dengan potongan harga sehingga RM1,300 untuk laptop, tablet dan telefon

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:15 pm
  • 28/02/2023
  • Komen
Promosi Honor dengan potongan harga sehingga RM1,300 untuk laptop, tablet dan telefon
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sesi persekolahan yang akan tiba, Honor Malaysia telah mengadakan promosi jualan kembali ke sekolah dengan tawaran diskaun yang menarik untuk barisan produknya termasuk telefon pintar dan komputer riba. Diskaun ini bermula pada 25 Februari dan berakhir 3 Mac 2023.

Antara produk yang termasuk adalah Honor MagicBook 16 yang boleh didapati dengan harga RM2,999, kurang RM1,300 berbanding harga asal pada RM4,299. Dengan harga itu, MagicBook 16 menampilkan cip pemproses AMD Ryzen 7 5800H, serta grafik AMD Radeon dengan RAM 16GB dan storan 512GB. Dapat juga hadiah percuma bernilai sehingga RM737 dengan setiap pembelian MagicBook 16.



Tambahan pula, Honor MagicBook 14 AMD boleh dibeli dengan harga RM1,899, berbanding harga asal RM2,499. Ia dikuasakan oleh AMD Ryzen 5 5500U dengan grafik AMD Radeon serta RAM 8GB dan storan 256GB. Pembelian juga akan didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM318.

Terdapat juga diskaun bagi telefon pintar Honor 70 5G dengan potongan RM200 harga menjadikan ianya pada harga RM1,799. Ia menggunakan cip Snapdragon 778G Plus dengan gandingan RAM 8GB dan Storan 256GB. Pembeli juga akan didatangkan dengan fon telinga Honor Sport Bluetooth secara percuma.



Untuk mengetahui lebih lanjut barisan produk Honor dan diskaunnya, boleh rujuk rajah di bawah.

Untuk lebih murah, terdapat diskaun pendidikan yang memberikan baucar sehingga RM100. Tetapi, anda perlu menghantar ID pelajar atau gambar kad sekolah kepada perkhidmatan pelanggan Honor menerusi chat, dan kod baucar boleh ditebus semasa membuat pembelian.

Ada juga jualan bundle yang menawarkan gandingan peranti dengan harga lebih murah seperti Honor X8 5G dengan Honor Pad X8 pada harga RM1,789, berbanding harga asal RM1,898. Serta, dapat hadiah percuma bernilai sehingga RM278.

Bagi yang berminat dengan promosi ini, anda boleh berbuat demikian dengan layari stor online Honor, Shopee dan Lazada.

Tags: honorHonor 70Honor MagicBookhonor magicbook 14honor malaysiaHonor X6
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Promosi Honor dengan potongan harga sehingga RM1,300 untuk laptop, tablet dan telefon

Promosi Honor dengan potongan harga sehingga RM1,300 untuk laptop, tablet dan telefon

28 February 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN