• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tambah nilai TNG eWallet kena caj 1% kalau guna kad kredit? Apa Dah Jadi #20.

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:12 am
  • 04/03/2023
  • Komen
Tambah nilai TNG eWallet kena caj 1% kalau guna kad kredit? Apa Dah Jadi #20.
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga isu yang akan diketengahkan pada minggu ini ialah, pertama TNG eWallet bakal kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit jika melebihi had. Kedua, YB Tengku Zafrul sambut kedatangan Tesla ke Malaysia dan ketiga ahli perniagaan hilang RM1 juta lepas jawab telefon.

1. TNG eWallet bakal kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit yang melebihi had



Bermula 22 Mac 2023, akan ada had sebanyak RM1,000 dikenakan ke atas pindahan wang yang sumbernya dari kad kredit. Jadi sekiranya pindahan melebihi RM1000, caj perkhidmatan 1% akan dikenakan kepada pengguna. Langkah ini bertujuan untuk tidak menggalakkan orang ramai daripada menggunakan TNG eWallet untuk mendapatkan wang tunai menerusi kad kredit. Polisi baru ini juga akan dikuatkuasakan ke atas semua pengguna tidak mengira status akaun Pro ataupun Premium.

Boleh baca artikel penuh di sini.



2. YB Tengku Zafrul sambut kedatangan Tesla ke Malaysia

Menerusi satu hantaran media sosial oleh Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, YB Tengku Zafrul mengesahkan Tesla akhirnya akan masuk dan beroperasi di Malaysia. Selain itu, akan diwujudkan juga ibu pejabat Tesla, pusat perkhidmatan pelanggan, dan juga rangkaian Supercharger. Yang lebih menarik, Tesla adalah syarikat pertama menyahut inisiatif BEV Global Leader yang diperkenal oleh kerajaan. Jadi, kita boleh jangkakan kewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan gaji yang lebih lumayan.

Boleh baca artikel penuh di sini.

3. Ahli perniagaan hilang RM1 juta lepas jawab telefon? Maybank kena jawab

Ahli perniagaan yang hanya dikenali sebagai Lee terpaksa berputih mata selepas wang RM1 juta lesap dari akaun banknya. Lee berkata, dia hanya menjawab panggilan telefon daripada sebuah syarikat kurier, kemudian terus menamatkan panggilan apabila pemanggil meminta nombor OTP bank. Tapi Lee mendapati RM1 juta telah dikeluarkan daripada akaun Maybank miliknya, tanpa OTP atau sebarang kelulusan dan kebenaran. Walaubagaimanapun, di laman web Maybank dinyatakan bahawa had pengeluaran harian adalah maksimum RM50 ribu bagi akaun jenis individu, manakala untuk akaun perniagaan pula ialah RM100 ribu.

Boleh baca artikel penuh di sini.

Tags: MaybankTeslaTesla Malaysiatng ewallet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tambah nilai TNG eWallet kena caj 1% kalau guna kad kredit? Apa Dah Jadi #20.

Tambah nilai TNG eWallet kena caj 1% kalau guna kad kredit? Apa Dah Jadi #20.

4 March 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN