• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cuba teka telefon baru iQoo akan datang ke Malaysia, boleh menang hadiah

  • OLEH Najib
  • 3:42 pm
  • 15/03/2023
  • Komen
Cuba teka telefon baru iQoo akan datang ke Malaysia, boleh menang hadiah
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas melancarkan iQoo 11 akhir tahun lepas, tiada peranti baru diperkenal oleh iQoo di Malaysia. Hari ini, laman Facebook iQoo Malaysia memuat naik satu gambar gelap dengan sedikit pencahayaan, menandakan akan datangnya peranti baru iQoo ke Malaysia tidak lama lagi.

Bagaimanapun, petunjuk yang dikongsi oleh iQoo Malaysia amatlah sedikit. Selain bonjolan kamera belakang yang kelihatan agak tebal dan besar di belakang, hanya tanda pagar ditambah sebagai petunjuk iaitu #PowerZGiler. Apa yang boleh dikatakan, nama model baru ini pasti ada kaitan dengan huruf ‘Z’.



Dalam muat naik yang serupa, iQoo Malaysia menjemput orang ramai untuk meneka apakah produk baru mereka yang akan datang. Jika anda mahu meneka, boleh tinggalkan di ruangan komen muat naik tersebut dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah misteri.

Betulkah Z7?

Tekaan kami, perkara paling hampir dengan ‘Z’ untuk iQoo baru-baru ini adalah siri iQoo Z7. Ia baru sahaja dilancarkan di China dengan model iQoo Z7i telah diumum secara rasmi. Dua lagi model yang bakal menemui pengguna di China pada 20 Mac adalah iQoo Z7 dan iQoo Zx.



iQoo Z7i

iQoo Z7i adalah peranti kelas permulaan dengan cip terbaru Mediatek iaitu Dimensity 6020. Ia memiliki skrin HD 6.51-inci, bersama kamera utama 13MP dan kamera hadapan 5MP. Baterinya 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan 15W USB-C. Telefon ini dijual bermula dari harga CNY949 (~RM616).

Bagi iQoo Z7 dan iQoo Z7x, masih belum ada spesifikasi penuh mengenainya. Apa yang telah dikongsi secara rasmi adalah, kedua-dua telefon ada rekaan yang hampir serupa. iQoo Z7 dilengkapi bateri 5,000mAh dan pengecas 120W. Manakala iQoo Z7x datang dengan bateri 6,000mAh dan pengecas 80W.

iQoo Z7 dan iQoo Z7x

Ura-ura mengatakan bahawa iQoo Z7 akan dikuasakan cip Snapdragon 695 dan untuk iQoo Z7x adalah cip Snadpragon 782, yang lebih baik daripada Snapdragon 778G+. Jika ini adlah benar, kami jangkakan harga untuk iQoo Z7 akan bermula di bawah RM1,200 manakala iQoo Z7x dari bawah RM1,500.

Tetapi adakah ketiga-tiga model akan dibawa ke Malaysia kelak? Jika berpandukan petunjuk iQoo Malaysia, hanya ada satu model akan datang memandangkan hanya satu telefon kelihatan. Adakah ia tepat? Nantikan laporan kami tentang pengumuman iQoo yang seterusnya.

[Sumber: iQoo]

Tags: iQooiQoo Z7mobile
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Cuba teka telefon baru iQoo akan datang ke Malaysia, boleh menang hadiah

Cuba teka telefon baru iQoo akan datang ke Malaysia, boleh menang hadiah

15 Mac 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER