• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A34 & Galaxy A54 dilancar di pentas global, akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:08 pm
  • 15/03/2023
  • Komen
Samsung Galaxy A34 & Galaxy A54 dilancar di pentas global, akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Dapatkan Pengecas PD 35W Duo percuma!

Khas untuk pembaca SoyaCincau. Dapatkan pengecas PD Power Adapter Duo 35W bernilai RM99 secara percuma apabila membeli Galaxy A54 5G atau Galaxy A34 5G di Stor Online Samsung Malaysia. Gunakan kod promosi SYGA34545G semasa checkout sebelum membuat bayaran. Tawaran ini sah sehingga 30 April 2023, sementara stok masih ada.




Secara agak tiba-tiba dan mengejut, Samsung hari ini mengumumkan ketibaan dua peranti kelas pertengahan yang baru, Galaxy A34 dan Galaxy A54. Seperti yang dijangka sebelum ini, Galaxy A74 tidak membuat kemunculan kerana khabarnya Samsung mahu memberi laluan untuk Galaxy S23 FE.

Bagaimanapun, pengumuman hari ini hanya merasmikan spesifikasi dan rupa Galaxy A34 dan Galaxy A54. Samsung Malaysia menyatakan, tarikh jualan dan harga rasmi untuk telefon baru ini masih belum diketahui.



Untuk rujukan, tahun lepas Samsung Malaysia melancar Galaxy A33 pada harga RM1,499 (128GB) dan Galaxy A53 berharga RM1,849 (256GB). Dijangkakan harga Galaxy A34 akan naik sedikit, kerana Samsung Malaysia menyenaraikannya dengan storan 256GB. Manakala Galaxy A54, mungkin kita dapat melihat harga yang agak serupa.

Spesifikasi Galaxy A54

Kedua-dua model baru ini menggunakan rekaan yang menyerupai siri Galaxy S23 iaitu tiada lagi modul kamera belakang timbul, sebaliknya hanya lensa kamera yang hampir rata terbonjol sedikit. Selain itu, Samsung juga membuang lensa potret, menjadikan hanya ada tiga kamera belakang.

Bagi Galaxy A54, ia mengekalkan skrin Super AMOLED 6.4-inci, HD Penuh 120Hz. Kuasa utama di dalam dinaik taraf kepada cip Exynos 1380, bersama RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Kad mikroSD disokong untuk storan tambahan.

Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 32MP. Manakala di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultralebar 12MP dan kamera makro 5MP. Baterinya 5,000mAh dan menyokong pengecasan USB-C 25W. Kepala pengecas tidak disertakan, perlu dbeli berasingan. Ia juga kekal kalis air dan debu IP67.

Sistem bunyi stereo dengan teknologi Dolby Atmos dilengkapi di Galaxy A54. Sistem operasi OneUI 5.1 berasaskan Android 13 digunakan dan Samsung menjamin kemaskini OS sebanyak 4 kali dan keselamatan selama 5 tahun bagi telefon ini.

Terdapat empat warna ditawarkan untuk Galaxy A54 iaitu hitam, hijau, ungu dan putih.

Spesifikasi Galaxy A34

Untuk Galaxy A34 yang lebih murah, ia memiliki skrin Super AMOLED lebih besar, berukuran 6.6-inci HD Penuh 120Hz. Cip yang digunakan berbeza iaitu Mediatek Dimensity 900, bersama RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Slot kad MikroSD turut disediakan.

Skrin ini memiliki takuk kecil di dahi, menempatkan kamera hadapan 13MP. Kamera belakang gabungan kamera utama 48MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 5MP. Baterinya juga 5,000mAh dan boleh mengecas pantas sehingga 25W tetapi tiada kepala pengecas diberi di dalam kotak. Galaxy A34 juga kalis air dan debu IP67.

Sistem bunyi stereo dengan teknologi Dolby Atmos dilengkapi di Galaxy A34. Sistem operasi OneUI 5.1 berasaskan Android 13 digunakan dan Samsung menjamin kemaskini OS sebanyak 4 kali dan keselamatan selama 5 tahun bagi telefon ini.

Warna yang disediakan untuk Galaxy A34 sedikit berbeza daripada Galaxy A54. Masih ada empat pilihan tetapi ia adalah warna hitam dan hijau, serta warna ungu dan putih dalam kemasan gradien.

Bacaan Berkaitan

  • Trio Galaxy A 2022 kembali lebih bertenaga dengan ciri-ciri kelas flagship
  • Harga Galaxy A33, A53 dan A73 di Malaysia sangat mengejutkan
  • Galaxy A53 dan Galaxy A33 kini lebih menarik dengan harga baru yang lebih murah
Tags: galaxy a34galaxy a54samsungsamsung galaxy a34samsung galaxy a54
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy A34 & Galaxy A54 dilancar di pentas global, akan datang ke Malaysia

Samsung Galaxy A34 & Galaxy A54 dilancar di pentas global, akan datang ke Malaysia

15 March 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
Honor 400 Lite kini di Malaysia, “pembunuh iPhone” bajet dengan kamera 108MP, harga RM1,299

Honor 400 Lite kini di Malaysia, “pembunuh iPhone” bajet dengan kamera 108MP, harga RM1,299

25 April 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER