• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beam lancar gudang sentral di Malaysia, berfungsi sebagai hab baik pulih, pusat selenggara & banyak lagi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:32 pm
  • 16/03/2023
  • Komen
Beam lancar gudang sentral di Malaysia, berfungsi sebagai hab baik pulih, pusat selenggara & banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah naik e-skuter Beam? Bagi menampung perkembangan khidmat mikromobiliti mereka di sini, Beam Mobility telah lancarkan gudang sentral berkeluasan 8,000kps miliknya untuk Malaysia di Subang Jaya, Selangor.

Ada banyak fungsi kewujuduan gudang tersebut di sini. Antaranya adalah untuk menjamin bekalan yang stabil bagi bateri-bateri bercas penuh, serta penyelenggaraan perkakasan bagi kenderaannya yang berada di dalam operasi.



Selain itu, ia turut menjadi hab utama bagi menerima penghantaran dari luar negara dan bagi menghantar alat ganti ke gudang Beam lain di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, gudang ini juga diramalkan akan menyelenggara 30 buah e-skuter Beam setiap hari secara purata.

Yang baiknya buat masyarakat, pelancaran gudang sentral ini dijangka dapat menambah peluang pekerjaan. Antaranya sebagai Beam Rangers, iaitu pasukan kerja yang akan meronda kawasan Lembah Klang untuk mengambil, mengagih, dan menyelenggara e-skuter Beam bagi memenuhi keperluan pengguna awam dan juga standard keselamatan tertinggi seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.



Akhir sekali, gudang sentral tersebut juga akan terus membantu Beam menunaikan komitmennya dari sudut ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus). Sekiranya ada komponen yang tidak lagi diperlukan selepas kerja membaik pulih, Beam akan hantarnya kepada rakan kongsi mereka untuk memastikan
ia dikitar semula dengan selamat dan sewajarnya, sekali gus meminimumkan pembaziran.

Buat masa ini, Beam menjalankan operasi di bandar-bandar Malaysia seperti Kuala Lumpur, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuantan, serta Langkawi. Dengan adanya gudang sentral ini, penggunaan e-skuter Beam pastinya akan lebih berkembang di Malaysia dan tentu pelbagai peluang pekerjaan akan di sediakan untuk masyarakat.

Tags: Beam
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beam lancar gudang sentral di Malaysia, berfungsi sebagai hab baik pulih, pusat selenggara & banyak lagi

Beam lancar gudang sentral di Malaysia, berfungsi sebagai hab baik pulih, pusat selenggara & banyak lagi

16 March 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN