• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bing Chat berkuasa GPT-4 kini boleh digunakan semua, periksa Microsoft Edge anda sekarang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:48 am
  • 16/03/2023
  • Komen
Bing Chat berkuasa GPT-4 kini boleh digunakan semua, periksa Microsoft Edge anda sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Jangan lepaskan peluang untuk merasai kehebatan kecerdasan buatan AI yang diperkasa GPT-4. Microsoft didapati telah membuka gerbang untuk anda mencuba teknologi baharu ini tanpa perlu menyertai senarai menunggu. Bing Chat dilaporkan mengguna pakai GPT-4 dan merupakan ciri terbina di dalam aplikasi pelayar web Edge.

Saya boleh sahkan yang ciri tersebut itu ada pada pelayar web yang saya gunakan.



Microsoft suntik kuasa AI lebih hebat daripada ChatGPT dalam Windows 11

Anda boleh tanyakan apa-apa sahaja yang Bing Chat akan menjawabnya. Malahan, ia boleh berbahasa Melayu. Tak cukup dengan itu, anda boleh mintanya karang artikel, tulis email, dan menyenaraikan idea-idea menarik untuk topik-topik yang anda tetapkan.



Microsoft tidak pula mengumumkan perkara ini secara besar-besaran kerana sehingga sekarang, Bing Chat berasaskan GPT-4 masih lagi dalam fasa percubaan. Sekiranya anda pengguna Windows, mungkin anda boleh lancarkan pelayar Edge dan kemas kini peirisian itu untuk dapatkan Bing Chat. Anda juga perlu melog masuk ke akaun Microsoft anda yang boleh diwujudkan secara percuma.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan pelayan Bing Chat boleh menampung jumlah trafik yang terlalu tinggi, mereka mengehadkan jumlah input pertanyaan kepada 150 sehari dan 15 soalan untuk setiap sesi.

Sebelum anda menggunakan AI untuk mendapatkan maklumat perlu diingatkan yang ia masih lagi benda ciptaan manusia. Antara kekurangan AI buat masa ini adalah kepekaan konteks masih lagi terhad yang membuatkannya gagal untuk memahami pertanyaan dengan betul. Kualiti maklumat yang dihamburkannya juga terhad. Contohnya ChatGPT berlatih menggunakan arkib data sehingga September 2021 saja.

Oleh sebab itu, kita masih perlu melakukan pengesahan fakta dan tidak boleh menerima apa yang dikongsikan AI secara bulat-bulat.

Tags: aiChatgptkecerdasan buatanMicrosoftmicrosoft edgeopenai
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Bing Chat berkuasa GPT-4 kini boleh digunakan semua, periksa Microsoft Edge anda sekarang

Bing Chat berkuasa GPT-4 kini boleh digunakan semua, periksa Microsoft Edge anda sekarang

16 March 2023
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN