• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangkakan harga Galaxy A34 dan Galaxy A54 kekal tidak berubah di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:34 pm
  • 16/03/2023
  • Komen
Samsung Galaxy A34 & Galaxy A54 dilancar di pentas global, akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna di Malaysia masih ternanti-nanti pengumuman Samsung tentang tarikh jualan dan harga rasmi untuk telefon pintar Galaxy A34 dan Galaxy A54. Walaupun ia telah dilancar semalam, masih tidak diketahui bila ia akan dijual di Malaysia.

Bagaimanapun, negara jiran kita Indonesia, telah membuka tempahan awal untuk kedua-dua telefon ini. Malah, mereka juga telah menyenaraikan harga rasmi Galaxy A34 dan Galaxy A54 iaitu:



  • Samsung Galaxy A34 (RAM 8GB + Storan 128GB) – IDR 4.999.000 (~RM1,448)
  • Samsung Galaxy A34 (RAM 8GB + Storan 256GB) – IDR 5.399.000 (~RM1,564)
  • Samsung Galaxy A54 (RAM 8GB + Storan 256GB) – IDR 6.399.000 (~RM1,854)

Tempahan awal telefon ini di Indonesia dibuka sehingga 31 Mac 2023 dan menyediakan hadiah percuma berupa YouTube Premium 2 bulan, Spotify Premium 3 bulan dan lanjutan jaminan Care+ 6 bulan (Galaxy A54 sahaja).

Menariknya, harga ini adalah harga pelancaran yang sama untuk Galaxy A33 dan Galaxy A53 di Indonesia tahun lepas. Lebih tepat lagi, harga Galaxy A34 dan Galaxy A54 ini lebih murah IDR100.000 (~RM29).



Dari sini, kami jangkakan bahawa harga Galaxy A34 dan Galaxy A54 akan kekal sama seperti berikut:

  • Samsung Galaxy A34 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,499
  • Samsung Galaxy A34 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,599
  • Samsung Galaxy A54 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,849

Adakah tepat jangkaan ini? Jika ya, ia adalah satu berita baik kerana Samsung tidak menaikkan harga perantinya walaupun banyak jenama lain melakukannya. Tetapi berbeza pula dengan siri Galaxy S23 yang lebih mahal berbanding siri Galaxy S22.

Seperkara lagi, Samsung Malaysia juga ada berkongsi bahawa Galaxy A34 dan Galaxy A54 akan diberikan jaminan selama 2 tahun, sama seperti Galaxy A14. Pelik juga kerana Samsung Indonesia tidak memberi jaminan yang sama. Mungkinkah jaminan panjang ini akan menjadi punca harga lebih mahal di Malaysia? Nantikan laporan kami tidak lama lagi.

[Sumber: Samsung Indonesia]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy A34 & Galaxy A54 dilancar di pentas global, akan datang ke Malaysia
  • Hidup lebih tenang bersama Galaxy A14, ada jaminan 2 tahun dan kemaskini perisian 4 tahun
  • Siri Galaxy S22 turun harga, dapatkan telefon bersama S Pen lebih murah di Malaysia
  • PROMO: Galaxy A73 ada diskaun RM400, telefon terbaik Samsung di bawah RM2,000 sekarang
Tags: galaxy a34galay a54mobilesamsungsamsung galaxy a34samsung galaxy a54
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy A34 & Galaxy A54 dilancar di pentas global, akan datang ke Malaysia

Jangkakan harga Galaxy A34 dan Galaxy A54 kekal tidak berubah di Malaysia

16 March 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN