• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PM Anwar akan nilai semula monopoli lebih sedekad Touch ‘n Go

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:27 pm
  • 20/03/2023
  • Komen
PM Anwar akan nilai semula monopoli lebih sedekad Touch ‘n Go
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menilai semula monopoli yang dinikmati Touch ‘n Go (TNG) lebih daripada sedekad. Ia adalah jawapan kepada soalan yang diajukan kepadanya dalam Dialog Anak Muda: Temu Anwar yang berlangsung pada 19 Mac 2023 lalu di KLCC.

Menurut beliau, tiada perubahan ataupun kemajuan yang meyakinkan daripada penyedia perkhidmatan.



Walau bagaimanapun, soalan tersebut perlulah diperhalusi kerana ada ia bukanlah keseruhannya benar. Mungkin bahagian yang dirujuk sebagai monopoli adalah kad Touch ‘n Go fizikal. Benar, ia adalah satu-satunya kaedah pembayaran tol lebuh raya dan juga pengangkutan awam di negara kita.

Monopoli Touch n Go di tol akan dihentikan, pengguna diberi pilihan pembayaran digital terbuka



Walaupun wujudnya ciri TNG eWallet Pay Direct yang membolehkan pengguna lebuh raya menggunakan baki dompet digital mereka untuk lakukan pembayaran, TnG eWallet dikendalikan TNG Digital, satu entiti yang berbeza daripada TNG yang ramai kenali, walaupun nama mereka hampir serupa.

RFID akan dipasang dan Smart Tag dihapuskan di semua lebuhraya dalam masa dua tahun

Kesenjangan daripada segi kesalinghubungan tetap ada, misalnya baki kad fizikal dan baki dompet digital tidaklah sama dan ia menimbulkan kekeliruan kepada pengguna buat beberapa ketika

Ini cara untuk matikan fungsi PayDirect pada kad TnG supaya baki eWallet anda tak digunakan di plaza tol

Lagi perkara yang menyusahkan adalah sistem pembayaran tempat letak kereta yang menyokong Touch ‘n Go, ia masih lagi terbahagi kepada dua, satu yang menyokong Pay Direct dan satu lagi menolak baki kad. Kenapa perlu ada dua sistem?

TNG eWallet jadi institusi kewangan pertama Malaysia penuhi 5 strategi keselamatan Bank Negara

Namun, di sisi lain, produk TNG Digital seperti TnG eWallet adalah antara yang termaju dalam kalangan eWallet diluar sana. Mereka adalah eWallet pertama yang memenuhi 5 strategi keselamatan Bank Negara. Perkara ini penting kerana kerjaaan melaporkan yang pengguna mengalami kerugian RM600 juta angkara scam sepanjang 2022.

Tags: Anwar IbrahimTouch n Go
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
PM Anwar akan nilai semula monopoli lebih sedekad Touch ‘n Go

PM Anwar akan nilai semula monopoli lebih sedekad Touch ‘n Go

20 March 2023
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN