• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Keselamatan

Hong Leong perkenal Emergency Lock & Cooling off Period, ciri keselamatan baru perbankan atas talian

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:28 pm
  • 21/03/2023
  • Komen
Hong Leong perkenal Emergency Lock & Cooling off Period, ciri keselamatan baru perbankan atas talian
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menambah baik sistem perbankan di Malaysia, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank hari ini telah memperkenalkan ciri keselamatan baru iaitu Emergency Lock dan Cooling Off Period. Kedua-dua ciri ini boleh didapati di laman web dan aplikasi perbankan HLB Connect dan boleh digunakan bermula 16 Mac 2023. Ciri Emergency Lock membolehkan pengguna mengunci akaun mereka secara terus dari pelayar atau aplikasi, untuk menyekat akaun tanpa perlu menghubungi khidmat pelanggan.

Ini mempercepat dan memudahkan proses pengguna untuk menyekat akaun apabila mereka berasa telah di scam atau perasan transaksi mencurigakan. Tapi, anda perlu ada capaian internet untuk mengaktifkan ciri ini. Apabila ciri Emergency Lock diaktif, pengguna masih boleh log masuk akaun tetapi aktiviti akan dihadkan untuk ‘View Only’ sahaja, hanya boleh melihat transaksi masa lalu dan butiran akaun. Segala transaksi dan pengesahan transaksi tidak boleh dilakukan.



Selepas mengaktifkan ciri Emergency Lock, anda dinasihat untuk menghubungi khidmat pelanggan Hong Leong Bank bagi mendapatkan panduan berkaitan langkah yang perlu dibuat untuk menyahaktifkan ciri tersebut. Ciri Emergeny Lock terdapat di papan utama aplikasi HLB Connect dan di belah kanan untuk pelayar HLB Connect.

Manakala untuk Cooling Off Period, ia adalah ciri untuk memberi tempoh rehat pada akaun setelah pengguna membuat penukaran had transaksi, atau baru mendaftar akaun di aplikasi HLB Connect dan mengaktifkan AppAuthorise. Tempoh ini akan membolehkan pengguna untuk memantau aktiviti akaun jika anda syak anda telah di scam, atau mengenal pasti jika pelayar atau aplikasi perbankan diakses oleh scammer.



Walau bagaimanapun, transaksi masih boleh dilakukan dan disahkan melalui AppAuthorise dalam tempoh ini. Transaksi juga boleh dihentikan jika terdapat permintaan pengesahan mencurigakan. Tapi, untuk penukaran had transaksi, ia hanya akan berubah apabila Cooling Of Period tamat.

Langkah Hong Leong bank memperkenalkan ciri ini selari dengan arahan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi kes penipuan atas talian yang semakin berleluasa sekarang. Antara arahan BNM adalah, percepat peralihan daripada One Time Password (OTP) melalui SMS, perketat peraturan pengesanan penipuan serta sekat transaksi mencurigakan, dan ‘Cooling-off period’ untuk pendaftaran pertama bagi perbankan dalam talian atau peranti. Jika anda rasa anda telah di scam, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk menyekat aliran wang tersebut.

Bukan Hong Leong Bank sahaja yang proaktif mengambil tindakan, bank lain juga ada memperkenalkan ciri yang sama seperti Maybank dengan Kill Switch, dan CIMB dengan ciri Lock Clicks ID.

Tags: HLBHong Leong Bankhong leong connect
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Hong Leong perkenal Emergency Lock & Cooling off Period, ciri keselamatan baru perbankan atas talian

Hong Leong perkenal Emergency Lock & Cooling off Period, ciri keselamatan baru perbankan atas talian

21 March 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN