• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Itali sekat akses ChatGPT dalam negara, OpenAI berdepan saman EUR 20 juta

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:44 pm
  • 03/04/2023
  • Komen
Itali sekat akses ChatGPT dalam negara, OpenAI berdepan saman EUR 20 juta
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak berkuasa Itali hari ini mengumumkan yang negara itu telah mengharamkan penggunaan ChatGPT dalam negara itu. Ia disahkan oleh ChatGPT sendiri dan mereka telahpun menyekat akses pengguna Itali atas arahan Garante, pihak berkuasa keselamatan data peribadi negara itu.

Itali adalah negara pertama yang mengharamkan ChatGPT ,namun ia bukanlah satu-satunya negara yang tiada akses ChatGPT. Di negara seperti China, Iran, Korea Utara, dan Russia, perkhidmatan itu tidak langsung ditawarkan oleh penyedianya.



Antara faktor yang menyebabkan keputusan itu diambil adalah seperti isu keselamatan data peribadi. Bukan sahaja ia hadir dalam produk tunggal, ia dikatakan telah diintegrasikan ke dalam aplikasi-aplikasi komputer seperti Microsoft Office dan banyak lagi. Jelas sekali ia berpotensi untuk menjarah data-data sulit pengguna tanpa mereka ketahui.

ChatGPT boleh diaktifkan di Siri dengan cara ini



Tambahan pula, sistem ChatGPT boleh digunakan sesiapa sahaja tanpa sekatan termasuklah tiada gerbang pengesahan umur bagi mengelakkan pengguna bawah umur terdedah kepada risiko kandungan tak sesuai.

ChatGPT bakal buat harga kad grafik Nvidia melonjak?

OpenAI, pengendali ChatGPT, diberikan tempoh 20 hari untuk meyakinkan pihak berkuasa Itali tentang kegusaran yang ditimbulkan atau berdepan dengan denda EUR20 juta ataupun 4% daripada perolehan tahunan.

Microsoft suntik kuasa AI lebih hebat daripada ChatGPT dalam Windows 11

Ramai individu-individu ternama mula menyuarakan kegusaran tentang pertumbuhan teknologi AI yang tidak dibendung. Minggu sudah, dilaporka yang Elon Musk dan Steve Wozniak antara penyokong penyelidikan AI dihentikan sementara.

Sumber: BBC

Tags: ChatgptItaliitaly
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Itali sekat akses ChatGPT dalam negara, OpenAI berdepan saman EUR 20 juta

Itali sekat akses ChatGPT dalam negara, OpenAI berdepan saman EUR 20 juta

3 April 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN