• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Coca Cola x Realme edisi terhad akan dilancar di Malaysia pada 12 April

  • OLEH Najib
  • 2:36 pm
  • 05/04/2023
  • Komen
Telefon Coca Cola x Realme edisi terhad akan dilancar di Malaysia pada 12 April
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar dihasilkan dengan kerjasama Realme dan Coca Cola, kini disahkan tarikh pelancarannya di Malaysia. Telefon edisi terhad ini hanya dihasilkan sebanyak 6,000 unit sahaja di seluruh dunia. Malaysia merupakan salah satu daripada lima negara yang terpilih untuk telefon edisi terhad ini dijual iaitu Thailand, Indonesia, Filipina dan India.

Realme hari ini mengumumkan bahawa telefon pintar edisi terhad, Realme 10 Pro Coca Cola akan dilancarkan di Malaysia pada hari Rabu, 12 April 2023. Setakat ini, masih belum dimaklumkan sama ada ia akan disiarkan secara langsung atas talian. Peminat pasti akan mengetahui tentang harga dan tarikh jualannya pada hari pelancaran itu kelak.



Untuk rujukan, Realme 10 Pro Coca Cola telah dilancar di India pada bulan Februari lepas dengan harga INR20,999 (~RM1,123). Ia dilengkapi RAM 8GB dan storan 128GB. Di Malaysia, model biasa Realme 10 Pro dijual pada harga RM1,299 tetapi datang dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Dijangka harganya tidak akan terlalu jauh daripada harga model biasa.

Spesifikasi Realme 10 Pro Coca Cola

Dari segi perkakas, edisi terhad ini tidak ada beza dengan edisi biasa. Ia dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, RAM LPDDR4X dan storan UFS 2.2. Skrinnya jenis LCD HD penuh seluas 6.72-inci, dengan kadar penyegaran 120Hz. Bateri pula 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W USB-C.



Dwi kamera di belakang adalah gabungan kamera utama 108MP ProLight F1.75 dan kamera potret 2MP F2.4. Kamera hadapan 16MP dipasang di dalam lubang kecil di dahi skrin. Speaker stereo terdapat di telefon ini dan ia masih mengekalkan jek audi 3.5mm untuk mencucuk fon kepala berwayar. Sistem operasi Realme UI 4.0 digunakan pada Realme 10 Pro, berasaskan Android 13.

Keunikan edisi terhad ini boleh dilihat dari bahagian luaran dan dalaman. Di luar, ia dihiasai dua tona warna merah hitam Coca Cola. Logo Coca Cola juga dicacah besar di belakang telefon.

Di bahagian perisian, Realme menambah beberapa perkara seperti bunyi deringan eksklusif Coca Cola, seperti bunyi botol air dibuka dan bunyi gas karbonat di dalam air. Pelbagai wallpaper dan kesan khas dinamik buih air Coca Cola turut dimuatkan.

Selain itu, edisi terhad ini didatangkan dalam kotak istimewa, diisi dengan pelbagai barangan pengumpul eksklusif. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, nantikan laporan daripada kami pada hari pelancarannya tidak lama lagi.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 10 Pro & 10 Pro+: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Telefon Realme Coca-Cola dibuka tempahan, pelancaran 10 Februari 2023
  • Realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola dilancarkan di India dengan pelbagai jajan menarik
Tags: Coca ColaRealmerealme 10Realme 10 ProRealme 10 Pro Coca Cola
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

20 September 2023
Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

19 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

14 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER