• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco F5 dan Poco F5 Pro, peranti flagship mampu milik baharu akan dilancar 9 Mei

  • OLEH Najib
  • 6:42 pm
  • 26/04/2023
  • Komen
Poco F5 dan Poco F5 Pro, peranti flagship mampu milik baharu akan dilancar 9 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Poco F4 dan Poco F4 GT dilancar setahun yang lepas, membawakan prestasi kelass flagship pada harga sangat mampu milik. Kini Poco mengumumkan, mereka akan melancar dua model siri F yang baru tidak lama lagi iaitu Poco F5 dan Poco F5 Pro.

Pelancaran dua model baru ini akan diadakan pada hari Selasa, 9 Mei 2023 pukul 8 malam waktu Malaysia. Pastinya ia akan disiarkan secara langsung dan boleh ditonton menerusi media sosial rasmi Poco.



Oncoming 🟡 🚀#IgniteYourHyperpower #POCOF5Pro #POCOF5 pic.twitter.com/jyLVI30QBp

— POCO (@POCOGlobal) April 26, 2023

Dalam pengumuman ini, Poco tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai spesifikasi Poco F5 dan Poco F5 Pro. Memandangkan Poco mengambil langkah penjenamaan semula peranti daripada model keluaran Xiaomi dan Redmi, sudah pasti ada beberapa petunjuk yang boleh dijadikan rujukan.

Poco F5 = Redmi Note 12 Turbo?

Antara khabar angin yang bertiup kencang adalah, Poco F5 merupakan jelmaan semula daripada Redmi Note 12 Turbo yang hanya terdapat di China. Perkara ini boleh dikatakan hampir sah apabila twitter Snapdragon India menyatakan, Poco F5 akan menggunakan cip Snapdragon 7+ Gen 2 yang turut digunakan oleh Redmi Note 12 Turbo.



Get ready for the #Indiadebut of our most powerful 7-series chipset, the Snapdragon 7+ Gen2 with POCO F5!@IndiaPOCO pic.twitter.com/J5El1irM7o

— Snapdragon India (@Snapdragon_IN) April 25, 2023

Cip Snapdragon 7+ Gen 2 merupakan naik taraf daripada Snapdragon 7 Gen 1 dan 778G, serta sangat mirip dengan Snapdragon 8 Gen 1 tetapi kelajuan lebih rendah. Bagi Redmi Note 12 Turbo, ia dibekalkan RAM LPDDR5 sehingga 16GB dan storan UFS 3.1 sehingga 1TB.

Redmi Note 12 Turbo juga memiliki skrin OLED 6.67-inci HD Penuh 120hz dan kecerahan setinggi 1,000 nit. Ia ada tiga kamera belakang dengan kamera utama 64MP dan kamera hadapan 16MP. Bateri pula 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W USB-C. Selain itu, ia juga dilengkapi speaker stereo, jek audio 3.5mm dan pengimbas capjari dalam skrin.

Poco F5 Pro = Redmi K60?

Cakap-cakap lain pula mengatakan, Poco F5 Pro adalah penjenamaan semula daripada Redmi K60. Telefon tersebut dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan datang bersama skrin OLED 6.67-inci, resolusi 3200 x 1440p, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 1,400nit.

Kamera belakang juga ada tiga dengan kamera utama 64MP dan kamera hadapan 16MP. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan berwayar 67W dan tanpa wayar 30W. Jika benar, ini akan menjadi peranti Poco pertama menyokong pengecasan wayarles.

Lebih banyak maklumat pasti akan diketahui menjelang pelancarannya pada 9 Mei. Untuk rujukan, di China Redmi Note 12 Turbo dijual pada harga dari CNY1,999 (~RM1,287), dan Redmi K60 pula dari harga CNY2,499 (~RM1,609.54).

Tags: PocoPoco F5Poco F5 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Poco F5 dan Poco F5 Pro, peranti flagship mampu milik baharu akan dilancar 9 Mei

Poco F5 dan Poco F5 Pro, peranti flagship mampu milik baharu akan dilancar 9 Mei

26 April 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN