• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lebih banyak syarikat telco sekat SMS mengandungi pautan URL mulai 2 Mei 2023

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:41 pm
  • 02/05/2023
  • Komen
Kenali ciri-ciri SMS scam & cara elak dari menjadi mangsa penipuan
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai hari ini, semua SMS yang dihantar mengandungi pautan URL nampaknya akan mula disekat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi utama di Malaysia. Maxis adalah syarikat telco pertama dalam mengumumkan perkara ini. Langkah ini selari dengan arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membendung kegiatan scam yang semakin berleluasa.

Selain Maxis, ia juga telah disahkan bahawa syarikat telekomunikasi utama lain seperti CelcomDigi, U Mobile dan Unifi turut patuh arahan tersebut dalam menyekat mana-mana SMS yang mengandungi pautan URL. Pengguna Unifi mungkin sudah menerima mesej yang memberitahu bahawa SMS yang dihantar antara individu yang mengandungi URL akan disekat mulai 2 Mei.



Sumber: Penulis di SoyaCincau

Untuk syarikat telco Yes, sekatan masih belum berkuatkuasa, tapi ia mungkin akan datang tidak lama lagi. Untuk syarikat-syarikat MVNO lain, masih tiada kepastian sama ada mereka turut akan mengambil langkah menyekat SMS mengandungi URL atau tidak.

Berdasarkan laman FAQ Maxis, sekatan dilakukan secara berperingkat bermula dengan SMS yang dihantar dari individu kepada individu. Untuk SMS daripada perniagaan menggunakan nombor 6XXXX, 2XXXX, dan 1XXXX masih boleh dihantar buat masa sekarang tapi akan disekat juga pada masa akan datang. Pendekatan ini juga terpakai untuk semua syarikat telco lain yang sudah menyekat SMS yang mengandungi pautan URL.



Jika anda perlu menghantar pautan link kepada kenalan, anda dinasihatkan untuk menghantar menggunakan aplikasi pemesejan lain seperti WhatsApp, Telegram, Facebook messenger, WeChat dan lain-lain.

Langkah ini sudah pasti akan mengurangkan risiko berlakunya penipuan atas talian, kerana SMS adalah saluran yang sering digunakan oleh scammer bagi modus operandi penipuan. Sekiranya anda berasa telah di scam, segera hubungi  segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi mendapatkan bantuan sepatutnya.

Bacaan berkaitan

Lebih 21 juta nombor telefon rakyat Malaysia dijual kepada scammer

SKMM arah telco larang sebarang pautan URL dalam SMS, elak pengguna jadi mangsa scam

Barah scam dalam talian parah, YB Fahmi Fadzil arah SKMM bekerja lebih tangkas dan tegas

Tags: celcomCelcomDigidigiSCAMSKMMSMSumobileUnifi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenali ciri-ciri SMS scam & cara elak dari menjadi mangsa penipuan

Lebih banyak syarikat telco sekat SMS mengandungi pautan URL mulai 2 Mei 2023

2 May 2023
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN