• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Store pertama di Malaysia dijangka akan dibuka pada Februari 2024

  • OLEH Najib
  • 1:19 pm
  • 02/06/2023
  • Komen
Apple Store pertama di Malaysia dijangka akan dibuka pada Februari 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Berita tentang Apple Store akan dibuka di Malaysia sudah bertiup sejak tahun 2021 lagi. Tetapi ia menjadi lebih hangat apabila Apple mula membuka lowongan kerja untuk jawatan berkaitan peruncitan di Malaysia awal tahun ini. Kini muncul satu lagi berita panas tentangnya.

Penganalisa Apple di Bloomberg, Mark Gurman menyatakan bahawa Apple Store pertama di Malaysia dijangka akan dibuka pada bulan Februari 2024. Tidak lain dan tidak bukan, lokasinya adalah di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.



Dalam laporan itu, Apple dikatakan sedang berusaha meluaskan dan meningkatkan lagi cawangan peruncitan mereka terutama sekali di China dan lain-lain bahagian di Asia. Apple dikatakan akan membuka 15 kedai baru di Asia Pasifik, 5 tempat di Eropah dan Timur Tengah, serta empat lagi di Amerika Utara sehingga 2027.

Apple Store di Vancouver, Kanada

Sebagai tambahan, Apple dijangka mahu menaik taraf atau mengubah lokasi enam kedai di Asia, sembilan di Eropah dan 13 di Amerika Utara. Apple juga bercadang untuk memiliki 53 kedai baru, di tukar tempat atau diubahsuai di seluruh dunia dalam tempoh empat tahun akan datang.



Selepas membuka Apple Store pertama di India pada April 2023, laporan itu juga menyebut Apple bercadang untuk membuka tiga lagi cawangan di India dan kedai pertama mereka di Malaysia. Mereka juga mahu membuka kedai baru di Battersea Power Station di London, yang turut menempatkan ibu pejabat Apple UK.

Is this the new Apple Store in Malaysia? Source: SCM Southern Corridor Malaysia.

Dalam laporan itu, dia mencadangkan bahawa Apple Store yang terletak di The Exchange TRX, Kuala Lumpur akan dibuka pada bulan Februari 2024. Ia dilakukan selepas Apple membuka dua kedai baru di Korea Selatan pada Disember 2023.

Asia Pasifik adalah pasaran yang menjadi sasaran utama Apple kerana ia meyumbang kira-kria USD130 bilion (~RM597 bilion) kepada pendapatan Apple tahun lepas. Apple kini memiliki tiga Apple Store di Singapura dan dua di Thailand. Awal tahun ini, Apple telah membuka 11 jawatan berkaitan peruncitan di Malaysia, termasuk Pengurus Kanan, Pengurus, Ketua Pasukan dan Genius.

[Sumber: Bloomberg]

Bacaan Berkaitan

  • Lowongan kerja, petanda terbesar Apple Store akan dibuka di Malaysia tidak lama lagi
  • Apple Store pertama di Malaysia bakal dibuka tahun hadapan
  • Apple Store kedua Asia Tenggara akan dibuka di Iconsiam
Tags: appleApple Store
Najib

Najib

POPULAR

Apple Store pertama di Malaysia dijangka akan dibuka pada Februari 2024

Apple Store pertama di Malaysia dijangka akan dibuka pada Februari 2024

2 June 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER