• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus Malaysia dedah harga ROG Ally, lebih murah daripada ROG Phone 7

  • OLEH Najib
  • 11:59 pm
  • 12/06/2023
  • Komen
Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599
Share on FacebookShare on Twitter

Konsol permainan mudah alih, Asus ROG Ally dimaklumkan akan dilancar di Malaysia pada bulan Julai. Kini, Asus Malaysia menyatakan menerusi Facebook rasmi mereka bahawa, ROG Ally akan dilancar di Malaysia pada minggu hadapan. Tambah menarik, Asus Malaysia berkongsi harga rasmi ROG Ally secara tidak langsung.

Majlis pelancaran ROG Ally akan diadakan menerusi Facebook Asus ROG Malaysia, pada hari Isnin, 19 Jun 2023. Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung pelancaran ini yang akan bermula pukul 8 malam.



Dalam muat naik status di Facebook tersebut, ROG Malaysia turut berkongsi teka-teki berkenaan harga rasmi ROG Ally di Malaysia. Menggunakan harga laptop ROG Flow Z13 ACRNM (bernilai RM12,999), ROG Zephyrus Duo 16 (bernilai RM22,999) dan ROG Strix SCAR 18 (bernilai RM18,999), anda pasti mendapat jawapan harga rasmi ROG Ally di Malaysia.

Untuk memudahkan lagi anda mendapat jawapan, harga rasmi ROG Ally Z1 Extreme (16GB+512GB) adalah lebih murah berbanding harganya di Amerika Syarikat iaitu USD699 (~RM3,255). Pendek kata, ROG Ally akan jauh lebih murah daripada telefon pintar ROG Phone 7, yang harga termurahnya RM3,599 (RAM 12GB + Storan 256GB).



ROG Ally
ROG Phone 7

Bagaimanapun, ROG Ally dan ROG Phone 7 pastinya mempunyai sasaran pasaran yang berbeza. Tetapi ROG Ally mungkin lebih menarik kerana pengguna tidak perlu lagi mendapatkan telefon pintar gaming. Sebaliknya hanya perlu telefon pintar biasa dengan kamera lebih baik, bersama sebuah ROG Ally.

ROG Ally menggunakan sistem operasi Windows 11, dengan skrin IPS LCD 7-inci beresolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Ia diperkasa cip khas AMD Ryzen Z1 Extreme, bersama GPU RDNA3. Tambah menarik apabila ROG Ally menyokong sambungan ke GPU luar ROG XG Mobile, menjadikannya sebuah komputer berkuasa tinggi untuk memainkan tajuk permainan AAA dengan lancar.

Pesaing sebenar ROG Ally adalah Steam Deck dan Nintendo Switch. Dengan kemampuan Windows 11 sebenar, ROG Ally dilihat mampu menjalankan permainan komputer dengan lebih lancar berbanding Steam Deck, malah pilihan tajuk permainan jauh lebih luas berbanding Nintendo Switch.

Apakah anda bersedia untuk membelanjakan RM3,000 untuk sebuah konsol permainan Windows 11 mudah alih? Jika ya, boleh bersiap sedia dengan pengerasnya kerana ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

[Sumber: Asus ROG Malaysia]

Bacaan Berkaitan

  • ROG Ally disahkan tiba di Malaysia pada bulan Julai, dengan harga lebih murah dari jangkaan
  • Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599
  • Harga ROG Ally tertiris, menyaingi harga Steamdeck walaupun lebih berkuasa
  • Konsol Asus ROG Ally adalah produk sebenar, menawarkan prestasi lebih baik berbanding Steam Deck
Tags: asusASUS ROGAsus ROG AllyROG Ally
Najib

Najib

POPULAR

Asus ROG Ally: Pesaing Steam Deck dilancar di A.S pada harga bermula USD599

Asus Malaysia dedah harga ROG Ally, lebih murah daripada ROG Phone 7

12 June 2023
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER