• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rupa OnePlus Fold bocor atas talian, nampak lain dari telefon lipat Samsung dan Oppo

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:26 pm
  • 21/06/2023
  • Komen
Rupa OnePlus Fold bocor atas talian, nampak lain dari telefon lipat Samsung dan Oppo
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon lipat adalah peranti yang paling dikejar-kejar untuk dihasilkan oleh pengeluar telefon sekarang. Antara syarikat terbaru yang dijangka akan sertai pasaran telefon lipat ialah OnePlus. Perkara ini diberitahu oleh OnePlus sendiri pada Mac lalu dengan mengumumkan mereka akan memasuki pasaran telefon lipat pada suku ketiga 2023.

Kebarangkalian nama yang mendukung telefon lipat OnePlus ialah OnePlus Fold atau OnePlus V Fold. Walaupun jauh dari pelancarannya, kita mungkin telah dapat gambaran bagaimana telefon lipat OnePlus akan terupa. Pendedahan rupa telefon lipat OnePlus telah ditiriskan atas talian oleh Smartprix, menerusi Steve Hemmerstoffer atau lebih dikenali sebagai ‘OnLeaks’ di Twitter yang berkongsikan render terperinci berkenaan telefon lipat yang bakal datang itu.



Memandangkan OnePlus adalah syarikat berkait dengan Oppo, ramai yang mencadangkan bahawa OnePlus akan menghasilkan telefon lipatnya berasaskan OPPO Find N2 sedia ada. Walaubagaimanapun, render yang dibocorkan menunjukkan rupa parasnya jauh berbeza.

Rupa Paras OnePlus Fold

Bahagian kameranya nampak mirip seperti telefon flagship OnePlus 11 dengan ruangan bulat yang menempatkan modul kamera. Bezanya radius bulatannya lebih besar. Boleh dilihat terdapat cap Hasselblad juga di bahagian kamera. Jika lihat pada panel belakang, ia disalut dengan kemasan kulit yang premium. Tapi ini mungkin hanya satu variasi daripadanya dan mungkin ada pilihan untuk panel kaca juga.



Salah satu perkara yang ikonik pada telefon OnePlus adalah pada butang alert slider, dan dilihat OnePlus Fold ini mengguna pakainya bersama-sama butang kuasa yang terdapat pengimbas cap jari. Sementara itu, kelihatan terdapat speaker yang memancar ke atas dan bawah telefon.

Bahagian paparan dalam OnePlus Fold ini tampak serupa dengan telefon lipat lain dengan menawarkan skrin bersama bezel yang nipis. Untuk paparan luaran pula, skrinnya nampak lebih lebar dan tidak langsing macam skrin luaran Galaxy Z Fold 4. Jadi dijangka keseluruhan badan dan paparannya lebih lebar sedikit berbanding telefon lipat lain.

Namun, berdasarkan gambar render, tiada banyak maklumat yang boleh diperoleh berkaitan engsel yang digunakan. Tapi, berkemungkinan ia akan menggunakan mekanisma engsel yang lebih kurang serupa Oppo Find N2 dan siri Galaxy Fold.

Spesifikasi OnePlus Fold

Berkaitan spesifikasi dalaman, sudah tentu akan diperkasa perkakas flagship dan menawarkan prestasi yang gempak. Ia dikatakan akan diperkasa cip Snapdragon 8+ Gen 2 dan menampilkan paparan AMOLED (LTPO) beresolusi 2K dengan kadar penyegaran 120Hz. Prestasi kamera juga hebat, dimuatkan kamera utama 50MP menggunakan sensor IMX890, berserta kamera ultra lebar dan lensa periskop. Untuk selfie terdapat kamera 32MP.

Perkara lain yang mungkin dipasang termasuk bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 100W.

Disebabkan OnePlus telah mengesahkan kedatangannya pada suku ketiga tahun ini, mungkin ia akan dilancarkan pada bulan Ogos, sepertimana yang dilakukan oleh OnePlus dengan pelancaran model OnePlus 10T. Oleh itu, anda boleh jangkakan juga telefon lipat ini akan hadir ke pasaran Malaysia juga tidak lama lagi.

[Sumber: Smartprix]

Bacaan berkaitan

  • OnePlus akan lancarkan telefon boleh lipat pada Ogos 2023?
  • OnePlus 11 edisi Jupiter Rock diumumkan di China, diperbuat daripada batu mikrokristalin 3D
  • OnePlus Nord CE 3 Lite dilancar dengan storan berganda, harga lebih murah
Tags: mobileOnePlusOnePlus Fold
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Rupa OnePlus Fold bocor atas talian, nampak lain dari telefon lipat Samsung dan Oppo

Rupa OnePlus Fold bocor atas talian, nampak lain dari telefon lipat Samsung dan Oppo

21 June 2023
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN