Pengedar sah Kia di Malaysia, Bermaz Auto mengumumkan ketibaan Kia Niro. Ia adalah EV dalam bentuk SUV dan merupakan kereta elektrik kedua Kia dalam pasaran kita selepas EV6 GT-Line yang mula dijual tahun sudah.
Harga Kia Niro EV di Malaysia
Kia Niro di Malaysia ditawarkan dalam satu varian. Harga rasminya di sini adalah RM255,888. Harga tersebut tidak termasuk bayaran seperti nombor plat, pentadbiran dan pemeriksaan, pendaftaran, dan pemilikan. Apabila dimasukkan semuanya, harga tidak termasuk insurans akan menjadi RM256,668.
Kia Niro adalah model yang diimport sepenuhnya daripada Korea Selatan. Bakal pembeli masih lagi akan menikmati pengecualian cukai import, duti eksais, dan cukai jalan sehingga 2025. Daripada segi jaminan, ia dilindungi jaminan 5 tahun/150,000km untuk badan kenderaan sementara sistem bateri dilindungi jaminan 8 tahun/160,000km.
Spesifikasi Kia Niro EV
Motor, jarak kembarak, bateri, dan pengecasan
Dikilangkan di kemudahan pengeluaran Kia di Hwasung, Niro dipacu motor depan yang menghasilkan 150kW (201hp) dengan daya tujah 255Nm. Kombinasi ini membolehkannya memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 7.8 saat dengan kelajuan maksimum 167km/j.
Menggerakkan motor elektrik ini adalah sistem bateri ion-lithium berkapasiti 64.8kWh yang berikan jarak kembara mengikut piawaiain WLTP sejauh 460km. Apabila perlu dicas, port CCS2 terletak di bahagian depan dan ia menyokong DC sehingga 80kW yang mampu mengisi daripada 10% hingga 80% dalam masa 49 minit. Untuk kegunaan di rumah, sistem AC sehingga 11kW boleh digunakan untuk mengisi 10% kepada penuh dalam masa 6 jam 20 minit.
Kemudahan V2L juga disediakan. Pemilik kenderaan boleh mengubah port pengecas kepada port output untuk menguasakan kelengakapan elektrik biasa mereka. Port ini boleh mengeluarkan sehingga 3.6kW kuasa.
Warna dan ruang dalam kabin
Dalam pasaran Malaysia, Kia Niro ditawarkan dalam satu varian. Sungguhpun begitu, ia boleh didapatkan dalam tiga warna iaitu Snow White Pearl, Cityscape Green, dan Mineral Blue. Kia telah menerapkan skima warna dua tona yang nampak menarik. Kereta ini bergerak atas jalan raya menggunakan roda 17”.
Bergerak ke ruangan kabin, Kia Niro mempunyai kerusi kulit. Di bahagian papan pemuka, pengguna disajikan dengan kluster inforiam berpaparan 10.25” yang menyokong Android Auto dan Apple Carplay, sama ada berwayar ataupun wayarles. Audio disalurkan melalaui 8 speaker yang letaknya disekitar kabin.
Pemandu melihat segala maklumat pemanduan pada skrin 10.25” dihadapan stereng. Ada satu lagi skrin kecil di bawah lubang pendingin hawa tapi ia hanya berfungsi untuk mengawal iklim di dalam kabin.
Ciri keselamatan dan bantu pandu
Daripada segi kelengkapan keselamatan, Kia Niro tidak lokek dipadatkan dengan komponen-komponen itu. Berikut adalah senarai ciri keselamtan yang ada pada kenderaan ini:
- Electronic Brake-Force Distribution (EBD)
- Brake Assist (BA)
- Electronic Stability Control (ESC)
- Traction Control System (TCS)
- Hill-start Assist Control (HAC)
- Auto Hold
Sebanyak 7 beg udara dipasang di sekeliling kabin ini dan sewaktu memandu, berikut adalah ciri-ciri bantuan bandu yang disediakan:
- Safe Exit Assist (SEA)
- Tire-Pressure Monitoring System (TPMS)
- Advanced Driver Assistance System (ADAS)
- Stop & Go Smart Cruise Control (SCC)
- Lane Keeping Assist (LKA),
- Lane Following Assist (LFA)
- Forward Collision-Avoidance Assist dengan Junction Turning
- Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist
- Blind-Spot Collision-Avoidance Assist
- High Beam Assist
- Driver Attention Warning