• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 11 Pro+ 5G: Kamera 200MP dengan storan terbesar di bawah RM2,000

  • OLEH Najib
  • 9:40 pm
  • 20/07/2023
  • Komen
Realme 11 Pro+ 5G: Kamera 200MP dengan storan terbesar di bawah RM2,000
Share on FacebookShare on Twitter

Bertempat di Pulau Redang, Terengganu Darul Iman, Realme Malaysia hari ini melancarkan barisan produk mereka untuk pasaran tempatan. Sebanyak empat model diperkenal dengan dua daripadanya telefon pintar, satu fon telinga dan satu jam pintar.

Telefon pintar yang dilancarkan adalah siri Realme 11 Pro dan ia hadir dalam dua varian iaitu Realme 11 Pro dan Realme 11 Pro+. Kedua-dua model ini memiliki banyak persamaan, termasuk rupa luaran yang unik dan dihasilkan oleh pereka Gucci, Matteo Menotto.



Matteo Menetto

Harga dan Promosi

Hanya satu varian untuk setiap model akan terdapat di Malaysia. Malah, ia adalah varian yang memiliki storan sangat besar. Harga rasminya seperti berikut:

  • Realme 11 Pro 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,499
  • Realme 11 Pro+ 5G (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM1,999

Boleh dikatakan, ini adalah telefon pintar yang memiliki storan 512GB paling murah boleh dibeli di Malaysia. Terdapat dua warna pilihan disediakan untuk Realme 11 Pro+ iaitu Sunrise Beige dan Oasis Green. Jualan pula akan bermula pada 21 Julai 2023.



Seperti biasa, tawaran menarik disediakan untuk pembeli terawal. Untuk pembelian atas talian di Stor Rasmi Realme di Lazada dan Shopee pada 21 Julai sahaja, pembeli akan menerima tawaran berupa:

  • Penggantian 1-ke-1 dalam masa 7-hari
  • Jaminan lanjutan 6-bulan (18-bulan)
  • Ansuran mudah tanpa faedah sehingga 6-bulan
  • Cabutan bertuah untuk menang Realme Handheld Vacuum

Di kedai fizikal Rasmi Realme pula, pembeli pada 21 Julai 2023 berpeluang memenangi beg tangan Gucci bernilai RM10,000. Pemdeli di kedai fizikal Rasmi Realme dari 21 hingga 27 Julai, akan diberikan kotak hadiah Realmeow yang mengandungi sarung telefon dan tempat menyimpan kad.

Spesifikasi Realme 11 Pro+ 5G

Realme cuba menampilkan keunikan kali ini dengan mengenakan kemasan kulit tiruan atau Vegan Leather di bahagian belakang telefon. Rasa kulit yang selesa digenggam ini dihiasi dengan jalur sulaman benang 3D di tengah untuk menambah rupa premium dan estetik. Ia dihasilkan dengan kerjasama pereka Gucci, Matteo Menotto.

Realme 11 Pro+ boleh dikatakan telefon kelas pertengahan premium, dikuasakan cip Mediatek Dimensity 7050, RAM LPDDR4X sebanyak 12GB dan storan dalaman UFS 2.2 seluas 512GB. Ini adalah storan terbesar boleh anda dapati di bawah RM2,000.

Kehebatan telefon ini ditambah lagi dengan skrinnya yang melengkung di kedua-belah sisi. Skrin ini jenis AMOLED seluas 6.7-inci HD Penuh, dengan kadar penyegaran 120Hz. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 32MP, menggunakan sensor Sony IMX615. Di belakang, ia diperkasa kamera 200MP OIS dengan 4x SuperZoom, dikatakan pertama seumpamanya dalam kelasnya. Ini membolehkan ia mengezum gambar sehingga 4 kali tanpa hilang ketelitian. Kamera utama ini bergandingan dengan kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Tenaga pula disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh di dalam. Ia turut menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 100W melalui USB-C. Ia mengambil masa kira-kira 26 minit untuk mengecas dari 0% ke 100%. Paling penting, pengecas 100W ada diberi di dalam kotak.

Speaker stereo menyokong Dolby Atmos, terdapat di atas dan bawah telefon. Sistem operasi Realme UI 4.0 berasaskan Android 13 dipasang di dalam Realme 11 Pro+. Tetapi Realme tidak menjanjikan sebarang tempoh kemaskini bagi telefon ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Realme 11 Pro+.

Bacaan Berkaitan

  • Galeri City Exploration Project, pamer kekuatan kamera 200MP di Realme 11 Pro+ dengan kerjasama Lonely Planet
  • Siri Realme 11 Pro, satu lagi peranti kelas pertengahan dengan kamera 200MP akan datang ke Malaysia
Tags: mobileRealmeRealme 11 ProRealme 11 Pro+
Najib

Najib

POPULAR

Realme 11 Pro+ 5G: Kamera 200MP dengan storan terbesar di bawah RM2,000

Realme 11 Pro+ 5G: Kamera 200MP dengan storan terbesar di bawah RM2,000

20 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER