• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Powerbank Ugreen Magsafe 10k mAh ini mampu cas tiga peranti sekali gus

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:14 am
  • 10/08/2023
  • Komen
Powerbank Ugreen Magsafe 10k mAh ini mampu cas tiga peranti sekali gus
Share on FacebookShare on Twitter

Ugreen telah mengumumkan satu produk baharu dalam penawaran pek kuasa (powerbank) mereka. Produk tersebut dipanggila Ugreen Foldable Kickstand Magnetic Battery 10,000mAh. Seperti namanya, ia adalah powerbank berkapasiti 10,000mAh yang boleh ditambat pada iPhone ataupun telefon lain yang mempunyai pengecasan wayarles bermagnet dan ada kaki penyangga untuk buatkannya mengecas secara berdiri.

Perkara yang buatkannya unik adalah, untuk mula mengecas, pengguna tidak perlu menekan butang fizikal di badan powerbank. Sejurus telefon dilekatkan kepada powerbank, sistem akan secara automatik menyalurkan tenaga. Satu lagi kelebihan powerbank ini adalah ia boleh mengeacs tiga peranti sekali gus, satu melalui pengeasan wayarles dan dua lagi melalui port-port USB yang disediakan.



Apabila mengecas tiga peranti sekali gus, kuasa yang disalurkan kepada setiap peranti adalah:

  • 15W untuk wayarles
  • 22.5W untuk USB-A PD
  • 20W untuk USB-C

Apabila perlu dicas, powerbank ini mampu menerima kuasa pada paras sehingga 20W. Seperti yang dimaklumkan di awal perenggan, Ugreen Foldable Kickstand Magnetic Battery 10,000mAh tampil dengan kaki penyangga. Namun, kaki penyangganya nampak kecil dan tidak meyakinkan untuk memegang iPhone 14 Pro Max yang besar. Sungguhpun begitu, ia tetap ada untuk kemudahan.



Ugreen Foldable Kickstand Magnetic Battery 10,000mAh dijual dalam pasaran A.S pada harga USD60 (~RM274).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Kami masih belum menemuinya disenaraikan dalam gedung dalam talian tempatan kita. Walau bagaimanapun, berikut adalah alternatif yang memiliki spesifikasi hampir sama yang boleh anda pertimbangkan.

Daripada jenama Baseus

Daripada jenama Aukey

Daripada jenama Mcdodo

Tags: powerbankUgreen
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Powerbank Ugreen Magsafe 10k mAh ini mampu cas tiga peranti sekali gus

Powerbank Ugreen Magsafe 10k mAh ini mampu cas tiga peranti sekali gus

10 August 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN