• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TV UHD 4K baru Hisense tawar saiz 85-inci antara termurah di Malaysia, dikuasakan VIDAA

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:02 pm
  • 22/09/2023
  • Komen
TV UHD 4K baru Hisense tawar saiz 85-inci antara termurah di Malaysia, dikuasakan VIDAA
Share on FacebookShare on Twitter

Selain barisan TV ULED 4K, Hisense Malaysia dalam acara sama telah memperkenalkan barisan TV terbaru UHD 4K A serta laser pawagam terbaru yang dinamakan Hisense PX2-PRO. Terdapat tiga varian yang tersedia untuk UHD 4K dan ia ditawarkan dalam beberapa saiz.

Harga rasminya di Malaysia

Barisan UHD 4K merangkumi tiga model iaitu UHD 4K A7K, UHD 4K A6500K dan UHD 4K A6100K. Di Malaysia, harga rasminya adalah seperti berikut:



  • Hisense TV UHD 4K A7K (85”) – RM7,499
  • Hisense TV UHD 4K A6500K (50”) – RM2,299
  • Hisense TV UHD 4K A6100K (70”) – RM3,299

Untuk Hisense PX2-PRO, harganya masih belum diumumkan oleh Hisense. Tetapi ia mungkin akan didedahkan seawal bulan hadapan.

Spesifikasi UHD 4K A7K

TV pintar ini mempunyai paparan sebesar 85 inci menggunakan rekaan tanpa bezel. Resolusinya 4K UHD yang memiliki warna gamut yang luas. Ia juga menyokong Dolby Atmos, Dolby Vision HDR dan HDR 10+ untuk berikan pengalaman tontonan yang lebih baik. Teknologi MEMC turut disokong dan skrinnya mampu mencapai kecerahan puncak 400 nits.



Untuk gaming, ia ada fungsi Game Mode Plus menyediakan kadar penyegaran boleh berubah 60Hz dan Mod Kependaman Rendah Auto yang memastikan permainan lancar. Ia juga ada mod sukan dan menjalankan sistem operasi VIDAA.

Spesifikasi UHD 4K A6500K

Rekaannya turut menampilkan bingkai yang sangat nipis serta ia ada resolusi 4K UHD. Terdapat juga ciri Dolby Vision dan HDR 10+ untuk meningkatkan kontras serta Dolby Atmos untuk hasilkan bunyi yang lebih jelas. Ia juga didatangkan dengan fungsi Game Mode Plus dengan kadar penyegaran 120Hz.

Selain itu, ia ada sudut pandangan luas 178 darjah dan boleh distrim secara terus menerusi peranti Apple kerana menyokong Air Play 2. Ia boleh dikawal tanpa remote menggunakan kawalan suara tetapi tidak seperti model lain, sistem operasi yang digunakan adalah Google TV.

Spesifikasi UHD 4K A6100K

Model ini berkongsi banyak cari sama seperti A6100K seperti paparan dengan resolusi 4K UHD, sokong Dolby Vision dan Dolby Audio. Ia turut memiliki fungsi Game Mode Plus dan mod sukan. Tetapi apa yang membezakan adalah ia hanya sokong HDR 10, dan sistem audionya ditambah ciri DTS Virtual-X yang menghasilkan bunyi sekeliling yang imersif.

Hisense PX2-PRO

Hisense PX2-PRO menghasilkan imej dengan memancarkan cahaya laser tiga warna dengan imej 90 inci hingga 130 inci pada resolusi 4K UHD. Ia lengkap dengan sokongan warna gamut BT.2020 serta Dolby Vision, Dolby Atmos, HDR 10 dan HLG.

Hisense PX2-PRO ini boleh mengeluarkan kecerahan cahaya pada 2,400 lumens. Sistem bunyinya jenis menembak kedepan dengan kuasa 30W yang turut digabungkan dengan ciri Dolby Atmos menawarkan pengalaman pawagam yang sebenar.

Tags: HiSensePX2-PROUHD 4K A6100KUHD 4K A6500KUHD 4K A7K
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
TV UHD 4K baru Hisense tawar saiz 85-inci antara termurah di Malaysia, dikuasakan VIDAA

TV UHD 4K baru Hisense tawar saiz 85-inci antara termurah di Malaysia, dikuasakan VIDAA

22 September 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN