• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C51 ada ‘Dynamic Island’ dan 4 benda besar pada harga RM549 sahaja

  • OLEH Najib
  • 10:25 am
  • 27/09/2023
  • Komen
Realme C51 ada ‘Dynamic Island’ dan 4 benda besar pada harga RM549 sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Realme kini telah melancarkan satu lagi telefon pintar mampu milik unik, dikenali sebagai Realme C51. Ia merupakan kesinambungan siri peranti Realme Champion atau Realme C, sebagai peranti mampu milik dengan penawaran sesuai dengan harganya.

Menurut Realme, C51 membawakan empat perkara melampaui jangkaan pengguna iaitu storan besar, RAM besar, pengecas besar dan kamera besar. Yang tak besar adalah harganya.



Harga dan ketersediaan

Realme C51 akan mula dijual di Malaysia pada 27 September 2023. Hanya ada satu varian ditawarkan dengan RAM dan storan besar, pada harga seperti berikut:

  • Realme C51 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM549

Promosi pembeli awal turut disediakan. Dari 27 September hingga 8 Oktober 2023, pembelian Realme C51 akan diberikan diskaun sebanyak RM20, menjadikan harganya cuma RM529.



Jika berminat, Realme C51 boleh dibeli di semua pengedar sah dan Realme Brand Store, serta atas talian di Lazada, Shopee dan TikTok.

Spesifikasi Realme C51

Prestasi Realme C51 agak serupa dengan Realme C53 kerana ia dikuasakan cip Unisoc T612 12nm. RAM LPDDR4x 4GB dipasang padanya, bersama storan dalaman 128GB. RAM ini boleh ditambah 4GB secara dinamik, menjadikan jumlah RAM kepada 8GB. Kad mikroSD sehingga 2TB diterima untuk meluaskan ruang simpanan.

Skrinnya jenis LCD berukuran 6.74-inci, beresolusi HD dengan kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan 560 nits. Keunikan skrin ini adalah takuk ‘Mini Capsule’ yang boleh dibesarkan seperti ‘Dynamic Island’ di iPhone 15 untuk memaparkan pelbagai maklumat.

Kamera hadapan di dalam takuk menggunakan sensor 5MP F2.2. Di belakang, ia dipasang kamera utama 50MP F1.8 dan kamera kedua dipanggil kamera AI.

Bateri 5,000mAh di dalamnya menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W menerusi USB-C. Ia ada speaker mono dan mengekalkan jek audio 3.5mm.

Sistem operasi Realme UI 4.0 T-Edition berasaskan Android 13 digunakan pada Realme C51. Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, antara hijau dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Realme C51.

Bacaan Berkaitan

  • Realme C53: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme C53, satu lagi telefon dengan ciri seakan Dynamic Island akan tiba di Malaysia
  • Realme C55: Maklumat Penjualannya di Malaysia
  • Realme C55, telefon Android pertama dengan ‘Dynamic Island’ akan tiba di Malaysia
Tags: mobileRealmerealme c51
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Realme C51 ada ‘Dynamic Island’ dan 4 benda besar pada harga RM549 sahaja

Realme C51 ada ‘Dynamic Island’ dan 4 benda besar pada harga RM549 sahaja

27 September 2023
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER