Nak beli telefon termurah? Kami cadang RM600 sebagai bajet terendah sebab ia sediakan fungsi asas yang baik untuk digunakan. Ini kami senaraikan 5 telefon pintar terbaik anda boleh dapatkan di Malaysia.
Anda boleh tonton senarai 5 telefon terbaik bawah RM600 dalam video di bawah. Kami juga ada sediakan senarai telefon terbaik bawah RM1,200 di sini, dan bawah RM2,000 di sini.
1. Redmi 12 (4GB + 128GB)
Redmi 12 4G ni jangan silap dengan 5G ya, itu model lain. Yang 4G ni dilancar pada Julai lepas, dikuasakan cip Mediatek Helio G88, RAM LPDDR4X 4GB tapi storan eMMC 128GB. Skrin LCD 6.79 inci 90Hz dan resolusi HD Penuh.
Selain kamera utama 50MP, ia juga ada kamera ultralebar 8MP. Bateri berkapasiti biasa 5,000mAh dan sokong pengecas 18W USB-C. Xiaomi kata telefon ni premium sebab guna kaca di belakang, bukan plastik.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
2. Infinix Hot 30 (8GB + 128GB)
Infinix Hot 30 ni ada spesifikasi sangat baik dalam senarai ni. Ia guna cip Mediatek Helio G88 dan storan eMMC 128GB, tapi RAM LPDDR4X dia sebesar 8GB. Skrin juga HD Penuh, jenis LCD 6.78-inci 90Hz.
Kelebihan dia pada pengecasan, menyokong kuasa 33W USB-C untuk cas bateri 5,000mAh di dalam telefon. Ia juga ada NFC, jadi boleh guna telefon untuk bayar Google Pay. Badan belakangnya plastik tapi rasa macam kaca, kata Infinix.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
3. Realme C53 (6GB + 128GB)
Telefon Realme C53 ni mungkin spesifikasi rendah sikit, kerana ia guna cip Unisoc Tiger T612 dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Tapi skrinnya paling canggih sebab ada lubang ‘Dynamic Island’ macam iPhone 15 Pro Max, cuma Realme namakannya ‘Mini Capsule’.
Kamera utamanya 50MP, dengan bateri 5,000mAh. Yang bagusnya, ia sokong pengecas pantas SuperVOOC 33W USB-C.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
4. Oppo A38 (4GB + 128GB)
Jaranglah nampak telefon Oppo dalam senarai telefon murah, tetapi kali ini ada Oppo A38. Memang bagus untuk peminat Oppo. Walaupun kuasa cuma Mediatek Helio G85, ia ada RAM 4GB dan storan 128GB. Agak besar juga.
Skrinnya LCD 6.56-inci 90Hz dengan resolusi HD sahaja. Apa yang menjadi kelebihannya adalah sokongan pengecasan pantas 33W SuperVOOC.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.
5. Poco M5 (4GB + 64GB)
Poco semenjak kebelakangan ni sunyi sikit, stor online pun selalu tak ada stok. Biasanya jual masa promosi. Tapi saya nampak Poco M5 sekarang ni ada dijual dengan harga turun banyak, RM399 je di Shopee.
Telefon ni paling berkuasa dalam senarai, ada cip Mediatek Helio G99. RAM LPDDR4x 4G dan storan UFS 2.2 lebih pantas, cuma kecil sikit 64GB, tapi ada slot kad mikroSD. Skrin LCD 6.58-inci tapi jelas tajam HD Penuh dan 90Hz. Kekurangannya, ada takuk atas skrin bukannya lubang. Kelebihannya, ada pemancar infra merah.
Dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Bacaan lanjut di sini.