• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mikrofon Yeti Logitech ini siap ada lampu RGB lagi, barulah gamers sejati!

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:11 pm
  • 10/10/2023
  • Komen
Mikrofon Yeti Logitech ini siap ada lampu RGB lagi, barulah gamers sejati!
Share on FacebookShare on Twitter

Kelengkapan penting bagi seorang gamers bukan sahaja bergantung pada tetikus atau papan kekuncinya, tetapi juga terdapat pelbagai aksesori lain. Mikrofon juga sebenarnya termasuk dalam aksesori penting, terutamanya jika perlu membuat kandungan penstriman secara langsung.

Jika anda masih mencari pilihan mikrofon yang sesuai, kami ingin cadangkan mikrofon Yeti GX dan Yeti Orb yang baru dilancarkan Logitech G, untuk anda pertimbangkan.



Logitech G ini sebenarnya merupakan jenama di bawah Logitech yang banyak menghasilkan aksesori untuk gaming seperti papan kekunci, tetikus, fon kepala dan sebagainya.

Yeti GX 

Merupakan mikrofon supercardioid dinamik, iaitu sejenis mikrofon satu arah yang direka untuk memfokus pada bunyi di hadapan dan bukannya di belakang mikrofon. Itu perkara yang baik jika anda tidak mahu bunyi papan kekunci mengatasi suara anda.



Yeti GX juga dilengkapi teknologi Logitech G’s LIGHTSYNC RGB  untuk pencahayaan RGB yang boleh dikonfigurasi.

Yeti Orb

Mikrofon ini hadir dengan reka bentuk bola kecil seakan snowball, logo RGB dan lampu status dengan kesan pencahayaan  dikuasakan oleh LIGHTSYNC yang boleh disesuaikan dan diakses sebelum atau semasa strim.

Menampilkan kapsul mikrofon pemeluwap (condenser mic capsule) yang dioptimumkan untuk permainan, Yeti Orb dibina dengan corak pikap kardioid yang memfokus pada suara anda dan mengabaikan bunyi papan kekunci dan bunyi latar belakang yang mengganggu.

Audio lebih baik dengan BLUEVO!CE

Selain dihasilkan daripada sekurang-kurangnya 74% plastik yang dikitar semula, kedua-dua mikrofon keluaran Logitech G ini juga dilengkapi dengan teknologi BLUEVO!CE.

Ini bagi memberikan kesan audio lebih baik termasuklah untuk menghasilkan kesan bunyi bersesuaian. Ia dapat membolehkan kualiti audio yang terhasil bagaikan di studio.

Ia juga dilengkapi dengan sambungan USB-C ke USB-A untuk membolehkan penggunaan pada pelbagai peranti berkaitan.

Harga mikrofon

Hanya terdapat dalam warna hitam, anda boleh mendapatkan kedua-dua produk ini menerusi laman rasmi Logitech G di Lazada dan Shopee dengan harga:

  • Yeti GX – RM659.00
  • Yeti Orb – RM269.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk mikrofon ini, layarilah website Logitech G.

Tags: Logitech GLogitech G Yeti GXLogitech G Yeti OrbmikrofonYeti GXYeti Orb
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Mikrofon Yeti Logitech ini siap ada lampu RGB lagi, barulah gamers sejati!

Mikrofon Yeti Logitech ini siap ada lampu RGB lagi, barulah gamers sejati!

10 October 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN