• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find N3 Flip tembusi India, pasaran di luar China pertama model itu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:42 am
  • 13/10/2023
  • Komen
Oppo Find N3 Flip tembusi India, pasaran di luar China pertama model itu
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Find N3 Flip secara rasminya telah diperkenalkan di pasaran India dalam satu majlis pelancaran yang berlaku pada 12 Oktober 2023 lalu. Ia menandakan penembusan keluar model itu daripada pasaran China buat kali pertama. Ia lantas menunjukkan yang ketibaannya ke Malaysia akan berlaku tak lama lagi kerana teaser demi teaser telahpun diutuskan Oppo Malaysia dalam saluran rasmi medsos mereka.

Finally comes the moment we all are waiting for!#OPPOFindN3Flip is available at Rs 94,999, from 22nd Oct.

Rs 12,000 cashback with other affordable schemes and additionally OPPO customers get a Rs 8000 bonus on exchange.

Pre-order now: https://t.co/tfEFAUq3eN#TheBestFlip pic.twitter.com/61Ietw7BN6

— OPPO India (@OPPOIndia) October 12, 2023

Harga Oppo Find N3 Flip India

Oppo Find N3 Flip dalam pasaran India dijual pada harga INR94,999 (~RM5,384). Ia lebih tinggi daripada Find N2 Flip yang dilancarkan di sana awal tahun ini iaitu INR89,999 (~RM5,100).



Jadi, anda boleh jangkakan harga yang menokok juga untuk Find N3 Flip di Malaysia. Untuk rujukan, Oppo Find N2 Flip dijual di Malaysia pada harga RM3,999.

Oppo Find N2 Flip: Maklumat penjualannya di Malaysia



Spesifikasi Oppo Find N3 Flip India

Berdasarkaan laman rasmi produk, Oppo Find N3 India memiliki spesifikasi sama dengan versi China dan ia melambangkan versi yang sama juga akan masuki Malaysia kelak.

Find N3 Flip masih mengekalkan rekaan seperti sebelumnya. Tapi, khabarnya engselnya telah ditambah baik dan diuji untuk 600,000 kali berbanding 400,00 untuk engsel Find N2 Flip.

Untuk kamera belakang, ia kini menggunakan kombinasi tiga kamera belakang, pertama seumpamanya dalam telefon jenis flip. Kamera utama kekal pada 50MP, diikuti dengan kamera ultralebar 48MP dan kamera baharu adalah kamera telefoto 32MP 2x zum optikal.

Apabila dibuka, selfie boleh diambil menggunakan kamera 32MP yag sama seperti sebelum ini.

Pada segi paparan utama, Find N3 Flip ada skrin AMOLED sebesar 6.8” beresolusi FHD+ (2520×1080). Kecerahan dilaporkan pada maksimum 1,600 nits. Untuk paparan sekunder, telefon ini menggayakan skrin AMOLED 3.26” beresolusi HD+ (720×382). Spesifikasi ini sama seperti Find N2 Flip.

Atas papan utama, Oppo Find N3 Flip diperkasa cip Mediatek Dimensity 9200 yang bergandingan bersama-sama RAM 12GB serta pilihan storan antara 256GB ataupun 512GB. Untuk kemudahan pengguna, Oppo memperkenalkan butang slider di bahagian sisi untuk meletakkan telefon dalam mode bisu dengan pantas. Telefon ini mempunyai sistem bateri berkapasiti 4,300mAh, kapasiti yang sama seperti Find N2 Flip.

Tags: androidmobileoppooppo find n3oppo find n3 flip
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Oppo Find N3 Flip tembusi India, pasaran di luar China pertama model itu

Oppo Find N3 Flip tembusi India, pasaran di luar China pertama model itu

13 October 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN