• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ASUS Chromebook CR11 Flip laptop tahan lasak sesuai untuk pelajar sekolah, siap ada pen stailus

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:07 pm
  • 20/10/2023
  • Komen
231020 ASUS Chromebook CR11 Flip
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS hari ini melancarkan Chromebook CR11 Flip, komputer riba ChromeOS mampu milik yang sesuai untuk kegunaan harian khususnya pembelajaran bagi pasaran Malaysia.

Chromebook CR11 Flip dilengkapi dengan cip Intel Processor 4-core N100, grafik Intel UHD GPU, skrin sentuh LCD 11.6 inci serta pen stailus sebagai pilihan tambahan. Malah laptop ini juga boleh diubah menjadi tablet multisentuh.



231020 ASUS Chromebook CR11 Flip
231020 ASUS Chromebook CR11 Flip

Harga dan ketersediaan

Laptop ini boleh dibeli dari semua pengedar sah ASUS dengan dua pilihan varian bersama spesifikasi dan harga seperti berikut:

  • ASUS Chromebook CR11 Flip 4/32GB – RM 1,789 
  • ASUS Chromebook CR11 Flip 8/64GB – RM 2,099
231020 ASUS Chromebook CR11 Flip

Spesifikasi ASUS Chromebook CR11 Flip

Laptop Chromebook CR11 Flip dikatakan sebagai tahan lasak kerana keempat-empat bucu dan sudut luarnya dilindungi oleh bampar getah yang kuat bagi mengurangkan kesan kejutan fizikal dan memastikan komponen kritikal sentiasa selamat dan kukuh. Malah telah diuji pada piawaian ketahanan MIL-STD-810H gred tentera Amerika Syarikat.



231020 ASUS Chromebook CR11 Flip

Ia juga dilengkapi papan kekunci kalis air, yang boleh menampung tumpahan cecair sehingga 405cc. Cengkaman getah keselamatan pada tapaknya membolehkan ia mudah digenggam.

Skrin sentuh LCD 11.6 inci resolusi HD dilapisi kaca Corning Gorilla Glass dan kecerahan puncak 250 nits serta diiktiraf TÜV Rheinland. Ia juga menyokong penggunaan pen stailus yang dijual berasingan. 

231020 ASUS Chromebook CR11 Flip
231020 ASUS Chromebook CR11 Flip

Kuasa utamanya adalah pada cip Intel Processor 4-core N100 yang digadingkan dengan grafik Intel UHD GPU. Memori pula sehingga 8GB LPDDR, storan EMMC sehingga 64GB dan bateri 50Wh dengan pengecasan 45W yang dapat bertahan sehingga 12 jam untuk sekali pengecasan.

Laptop ini memiliki 2x USB 3.2 Gen 1 Type-C, 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x bicu audio 3.5mm, 1 x pembaca kad microSD dan 1 x Kensington Lock. sambungan tanpa wayar pula menyokong  WiFi 6 dwijalur dan Bluetooth 5.3.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang laptop ini, layari laman produk ASUS Chromebook CR11 Flip.

Tags: ASUS Chromebook CR11 Flipasus malaysia
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231020 ASUS Chromebook CR11 Flip

ASUS Chromebook CR11 Flip laptop tahan lasak sesuai untuk pelajar sekolah, siap ada pen stailus

20 October 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN