• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MAVCOM gantung lesen MyAirline serta merta, masih perlu pulangkan wang penumpang

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:44 am
  • 02/11/2023
  • Komen
MYAirline buka tiga laluan baharu pada harga serendah RM49, pilih antara Kota Bharu, Pulau Pinang, ataupun Sibu
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menggantung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) MYAirline Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771]. 

Tindakan ke atas syarikat penerbangan tambang murah ini bertujuan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline, serta mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan pasca pandemik Covid-19.



Sebelum keputusan dibuat, Mavcom telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada MYAirline pada 13 Oktober 2023 lepas untuk mengemukakan penjelasan bertulis dalam tempoh 14 hari. Ini berhubung isu kegagalan syarikat penerbangan tersebut untuk mematuhi syarat-syarat ASL dan penggantungan operasinya secara mengejut pada 12 Oktober 2023.

Mavcom telah menerima penjelasan bertulis MYAirline pada 27 Oktober 2023. Selepas mengkajinya, Suruhanjaya tersebut memutuskan untuk menggantungkan ASL MYAirline kerana penjelasan yang diberikan oleh syarikat penerbangan tersebut tidak memuaskan.



Menurut Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kassim, “Mavcom juga mempertimbangkan pembatalan ASL MYAirline, namun begitu ianya akan memberi kesan kepada usaha untuk memulakan bayaran balik kepada penumpang yang terjejas.”

MYAirline masih perlu bayar balik duit tiket

Mavcom menjelaskan MYAirline masih bertanggungjawab untuk membuat pembayaran balik kepada penumpangnya yang terjejas mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), walaupun ASL telah digantung.

Kesan daripada penggantungan operasi MYAirline, lebih daripada 117,000 penumpang dianggarkan terjejas, dengan nilai jualan hadapan keseluruhan berjumlah lebih daripada RM22 juta untuk penerbangan berjadual dari 12 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024. Sebahagian besar jualan hadapan adalah daripada agensi pelancongan sebanyak 58 peratus (RM12.8 juta), diikuti oleh 41.8 peratus (RM9.2 juta) daripada pembayaran yang dibuat menggunakan kad kredit atau debit.

Pasukan Petugas Mavcom telah diberi mandat untuk melihat isu bayaran balik penumpang yang terjejas dan memberikan cadangan mengenai langkah seterusnya termasuk penyelarasan mekanisme perlindungan pengguna penerbangan. Dalam masa sama, MAVCOM akan terus bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia bagi mencari penyelesaian buat penumpang-penumpang yang terjejas untuk mendapatkan wang mereka kembali.

Bagi penumpang yang terjejas, anda boleh menghubungi MYAirline untuk memulakan proses bayaran balik, menerusi emel di alamat  [email protected] atau talian hotline di 03-8966 2522 yang beroperasi dari 7 pagi hingga 6 petang setiap hari.

[Sumber: Mavcom]

Bacaan berkaitan:

  • Penumpang MYAirline terjejas boleh guna cara ini untuk dapatkan tawaran diskaun 50% tiket AirAsia
  • Penumpang MYAirline boleh tuntut sehingga RM200 jika ada beli insuran Tune Protect
  • MYAirline akan percepat proses pemulangan wang, bakal buka talian Hotline untuk bantu penumpang terjejas
Tags: caammavcomMYAirline
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

MYAirline buka tiga laluan baharu pada harga serendah RM49, pilih antara Kota Bharu, Pulau Pinang, ataupun Sibu

MAVCOM gantung lesen MyAirline serta merta, masih perlu pulangkan wang penumpang

2 November 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN