• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MyAirline nafi semua pesawat ditarik pemajak dan lesen penerbangan tidak dibatalkan

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:15 pm
  • 07/11/2023
  • Komen
MYAirline lancar program untuk pelajar, harga tiket penerbangan lebih murah dan 15KG bagasi percuma

MYAirline

Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat penerbangan tambang murah, MyAirline Sdn Bhd (MyAirline) menafikan bahawa ia telah memulangkan kesemua 10 pesawat yang dikendalikannya sebelum ini kepada pemberi pajak.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MyAirline, hanya enam pesawat yang dibatalkan pendaftaran oleh syarikat pajak pesawat. Manakala baki empat lagi pesawat masih berdaftar dan diuruskan oleh pemberi pajak dan dibantu Pengurusan Kelayakan Penerbangan (CAMO) MyAirline.



Menurut MyAirline, ini bukanlah perkembangan baharu kerana pesawat-pesawat berkenaan berada di bawah kawalan syarikat pajak sejak 13 Oktober 2023, sehari selepas ia bertindak menggantungkan operasinya secara mengejut.

Perlu buktikan kemampuan

Dalam perkembangan lain, MyAirline berkata Sijil Perakuan Pengendali Udara (OAC) dan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) hanya digantung dan bukannya dibatalkan. Tindakan tersebut bertujuan untuk menjaga kepentingan organisasinya.



“Penggantungan itu memerlukan MyAirline membuktikan kemampuan untuk beroperasi secara bebas dan mencapai keupayaan kewangan bagi mendapatkan semula pensijilan penuh dan mengembalikan lesennya.”

Maklumat tidak tepat

Tetapi kenapa MyAirline mengeluarkan kenyataan sebegini? Ini kerana sebelum ini terdapat laporan media yang mengatakan bahawa MyAirline telah memulangkan kesemua 10 pesawat jenis Airbus A320 kepada pemberi pajak.

Laporan sebegitu dianggap MyAirline berpotensi untuk melemahkan usaha berterusan pasukan pengurusan untuk menggiatkan semula syarikat penerbangan itu, terutamanya ketika mereka sedang dalam perbincangan lanjutan dengan bakal pelabur.

Pun begitu berdasarkan laporan akhbar, lima pesawat yang dipajak kepada MyAirline telah diberikan kepada AirAsia, sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah.

Tetapi kenapa AirAsia nak guna pesawat tu? Kenapa tak buat baru sahaja?

Sekarang ini syarikat penerbangan sedang berlumba-lumba mencari pesawat sedia ada untuk dipajak. Ditambah pula dengan kos sewa yang semakin tinggi dan proses penghasilan pesawat yang memakan masa lama.

Terdahulu pada 1 November 2023, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menggantung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) MYAirline berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771]. Keputusan itu diambil selepas Suruhanjaya berkenaan mendapati penjelasan yang diberikan oleh syarikat penerbangan tersebut tidak memuaskan.

[Sumber: MyAirline, MalayMail]

Bacaan berkaitan:

  • MYAirline akan percepat proses pemulangan wang, bakal buka talian Hotline untuk bantu penumpang terjejas
  • MYAirline rancang untuk pulangkan wang 125 ribu penumpang tahun ini, sedia hotline untuk bantu proses
  • Penumpang MYAirline terjejas boleh guna cara ini untuk dapatkan tawaran diskaun 50% tiket AirAsia
Tags: Airbus A320mavcomMYAirline
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
MYAirline lancar program untuk pelajar, harga tiket penerbangan lebih murah dan 15KG bagasi percuma

MyAirline nafi semua pesawat ditarik pemajak dan lesen penerbangan tidak dibatalkan

7 November 2023
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER