• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna iPhone boleh kongsi foto & video dalam kualiti asal di WhatsApp

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:26 am
  • 05/12/2023
  • Komen
Waspada taktik pancing kod pengesahan WhatsApp untuk tujuan penipuan
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp memperkenalkan pilihan baharu yang membolehkan pengguna iPhone berkongsi foto dan video dalam kualiti asal. Ini bermakna tiada lagi foto atau video yang akan ‘dimampatkan’ sehingga kelihatan kurang kualitinya.

Sebelum ini, foto dan video yang dikongsikan oleh pengguna iOS akan menjadi kurang berkualiti apabila dihantar melalui aplikasi pemesejan tersebut.



Hantar foto & video kualiti tinggi

Untuk menggunakan fungsi ini:

  1. Buka sembang sedia ada dalam WhatsApp atau mulakan sembang baharu.
  2. Klik ikon +, sebelah kiri bar teks.
  3. Klik ‘Document’, pilih ‘Photo or Video’.
  4. Pilih media yang ingin dihantar, kemudian klik anak panah biru untuk menghantarnya. Namun ada had saiz fail yang boleh dihantar menggunakan ciri tersebut, hanya 2GB sahaja.
231205 WhatsApp iOS

Tiada pratonton media ditunjukkan dalam tetingkap sembang pada fail yang dihantar. Tetapi penerima boleh klik fail untuk melihatnya.



Perlu diingatkan bahawa berkongsi foto dan video pada kualiti asal yang tinggi akan menggunakan lebih banyak data, ini terutamanya fail video yang boleh menjadi agak besar, bergantung pada durasinya.

Ciri ini sudah boleh digunakan oleh pengguna iOS yang telah mengemas kini aplikasi WhatsApp. Namun masih tidak dapat dipastikan bila pengguna Android akan menerima kemas kini yang sama.

[Sumber: WABetaInfo]

Bacaan berkaitan:

  • Nak sorok perbualan? Guna kod rahsia WhatsApp yang baru ni
  • Ciri sekali tengok gambar & video kembali pada WhatsApp di komputer
  • Pengesahan akaun WhatsApp melalui emel kini tersedia, boleh masuk tanpa SMS
Tags: iOSiphonewhatsapp
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Waspada taktik pancing kod pengesahan WhatsApp untuk tujuan penipuan

Pengguna iPhone boleh kongsi foto & video dalam kualiti asal di WhatsApp

5 December 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER