• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempah Huawei MateBook D 16, boleh menang hadiah misteri bernilai RM6,620

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:32 pm
  • 22/12/2023
  • Komen
231222 Huawei MateBook D 16 Pre-Order
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring pelancaran laptop MateBook D 16 untuk pasaran global, Huawei secara rasminya membuka tempahan awal eksklusif di Malaysia dengan deposit serendah RM50.

Promosi tempahan awal

Buat masa ini, harga sebenar untuk MateBook D 16 masih tidak diumumkan lagi. Namun jika anda menempahnya sekarang hingga 10 Januari 2024, dengan deposit RM50, anda akan menerima banyak hadiah menarik bernilai sehingga RM2,144, seperti:



  • Langganan Microsoft 365
  • Beg galas Huawei
  • Tetikus Huawei
  • Pencetak 3 dalam 1 atau Huawei Eyewear
  • Speaker Huawei Sound Joy
  • 1- tahun lanjutan waranti
231222 Huawei MateBook D 16 Pre-Order

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan MateBook D 16, boleh melakukannya menerusi  laman web  rasmi Huawei, Huawei Experience Store dan Stor rasmi Huawei di Shopee dan Lazada.

Di samping itu, anda juga berpeluang untuk mendapat hadiah misteri termasuk Huawei Watch 3, Huawei FreeBuds Studio, Huawei Watch Fit dan banyak lagi bernilai sehingga RM6,620. Tetapi hadiah misteri itu hanya untuk tempahan yang dibuat menerusi  laman web Huawei dan Huawei Experience Store di The Exchange TRX dan Pavilion KL sahaja. Pengumuman pemenang akan dibuat setiap tiga hari sekali sepanjang tempoh kempen berlangsung.



Huawei Malaysia turut menyediakan baucar RM1 untuk membeli speaker HUAWEI Sound Joy hanya di Stor Huawei di Shopee, sekiranya anda mahu membeli laptop baharu ini antara 13 Disember 2023 hingga 25 Januari 2024.

Spesifikasi Huawei MateBook D 16

231222 Huawei MateBook D 16 Pre-Order
231222 Huawei MateBook D 16 Pre-Order

Skrin laptopnya berukuran 16-inci, jenis IPS LCD dalam nisbah 16:10. Resolusinya HD penuh dengan kadar kecerahan 300 nits. Bingkai juga agak kecil, nisbah skrin-ke-badan adalah setinggi 90%. Ia dipasang kamera web 720p HD di atas skrin untuk kegunaan persidangan video.

Penggunaan pemproses terbaru Intel Core-i generasi ke-13 merupakan naik taraf terbesar pada MateBook D 16. Lebih menarik lagi, Huawei menawarkan varian dari i5 sehingga i9, bersama GPU berikut:

  • CPU Intel Core i9-13900H + GPU Intel Iris Xe
  • CPU Intel Core i7-13700H + GPU Intel Iris Xe
  • CPU Intel Core i5-13500H + GPU Intel Iris Xe
  • CPU Intel Core i5-13420H + GPU Intel UHD
  • CPU Intel Core i5-12450H + GPU Intel UHD

Perubahan lain pada laptop baharu keluaran Huawei adalah badan laptop tersebut menggunakan bahan lebih ringan dan beratnya hanya 1.68kg dan boleh dibuka rata 180 darjah.

231222 Huawei MateBook D 16 Pre-Order
231222 Huawei MateBook D 16 Pre-Order

MateBook D 16 juga dilengkapi papan kekunci berlampu bersaiz penuh, bersama kekunci nombor di sisi. Terdapat juga butang pantas untuk mematikan kamera web, trackpad serta memulakan carian. Pengimbas capjari turut disertakan, ditanam di dalam butang kuasa.

Huawei MateBook D 16 juga dilengkapi sehingga 70Wj bateri, memberikan masa penggunaan yang lebih panjang. Ia boleh dicas melalui USB-C, dengan sokongan kuasa sehingga 65W. Ia menyokong WiFi 6 (802.11ax) serta Bluetooth 5.1. Sambungan berwayar juga mencukupi, dengan pilihan USB-C, USB A (3.2 gen-1 + USB 2.0), HDMI dan jek 3.5mm.

Untuk mendapatkan sebarang info terkini, layari laman web rasmi Huawei, laman sosial Facebook atau Instagram Huawei.

Bacaan berkaitan:

  • Huawei MateBook D 16 (2024) guna pemproses Intel Core i9 gen-13 dan grafik Iris Xe
  • Huawei MatePad Pro 13.2″ nak lawan Tab S9 Ultra dan iPad Pro, dapatkan baucar RM1 sekarang
  • Tempah Huawei Freeclip sekarang, percuma jam dan alat kecergasan bernilai RM367
Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei MateBook D 16MateBook D 16
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231222 Huawei MateBook D 16 Pre-Order

Tempah Huawei MateBook D 16, boleh menang hadiah misteri bernilai RM6,620

22 December 2023
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN