• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Akta Right to Repair diluluskan di Amerika Syarikat, Malaysia terima tempias?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:44 pm
  • 28/12/2023
  • Komen
Peranti Apple bermasalah? Ini cara semak jika layak untuk dibaiki percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Negeri California pada 10 Oktober 2023 dulu telah meluluskan satu akta yang bernama Right to Repair (hak untuk baik pulih). Perkara ini disambut oleh gerakan Right to Repair yang telah lama perjuangkan supaya alat elektronik sepatutnya lebih mudah dibaiki dan bukannya senantiasa perlu digantikan dengan baharu.

Di bawah akta Right to Repair, pengeluar produk elektronik perlu memastikan manual baik pulih, alat ganti, dan peralatan yang diperlukan untuk diagnosis, selenggara, dan baik pulih peroduk mereka ada dalam pasaran sehingga 7 tahun lamanya.



Produk yang harga pelancarannya USD50 hingga USD99.99 perlu disokong sehingga 3 tahun sementara produk USD100 dan keatas perlu disokong sehingga 7 tahun. Bagi melindungi pengeluar, perkara seperti trade secret dan paten tidak perlu dimasukkan asalkan ia memenuhi keperluan untuk membaik pulih produk tersebut.

Akta ini akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2024.



Kenapa Right to Repair sangat vokal di Amerika Syarikat?

Pengeluar produk elektronik tahun demi tahun menghasilkan produk yang kompleks. Bukan sahaja kegunaannya menjadi lebih pelbagai, lebih banyak komponen perlu dimasukkan untuk merealisasikan visi tersebut.

Apple dikatakan sengaja susahkan proses menukar bateri MacBook Pro

Makanya, untuk mengurangkan ditiru pesiang, pengeluar akan menyembunyikan skematik, malahan, seperti Apple pada iPhone, menggunakan skru khas yang memerlukan alat khas untuk dibuka.

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Makanya, proses untuk membaiki sendiri jadi lebih rumit dan hanya boleh dilakukan oleh pengeluarnya sahaja yang akhirnya dieksploitasi oleh pengeluar itu sendiri dengan cara menjual alat ganti untuk keuntungan melampau.

Anda boleh sewa peralatan baiki iPhone daripada Apple pada kadar USD49/minggu

Seperti arahan kesatuan Eropah (EU) yang berjaya membuat iPhone akhirnya menggunakan penyambungan USB-C dan manfaatnya turut dirasakan di Malaysia, tak mustahil akta Right to Repair juga tempiasnya akan terkena pengguna di sini. Walau bagaimanapun, akta itu terlebih dahulu perlulah masuki perlembagaan persekutuan Amerika Syarikat terlebih dahulu kerana setakat ini ia hanya terpakai dalam sistem perundangan negeri California.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang akta ini di pautan berikut.

Sumber: Engadget

Tags: right to repair
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Peranti Apple bermasalah? Ini cara semak jika layak untuk dibaiki percuma

Akta Right to Repair diluluskan di Amerika Syarikat, Malaysia terima tempias?

28 December 2023
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN