• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan Oppo Reno 11 dibuka sekarang dengan diskaun RM100 dan hadiah percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:22 pm
  • 28/12/2023
  • Komen
231124 OPPO Reno 11 China
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sebulan siri Oppo Reno 11 dilancar di China, Oppo Malaysia kini telah mengumumkan siri telefon tersebut akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Siri ini datang dalam dua model iaitu Reno 11 dan Reno 11 Pro, dan pelancaran rasminya di Malaysia bakal diadakan pada 10 Januari 2024.

Tempahan awal dan hadiah percuma

Bersama-sama pengumuman ini, Oppo juga telah membuka tempahan awal kepada mereka yang berminat untuk dapatkan siri Oppo Reno 11 ini. Tempahan dibuka bermula hari ini, 28 Disember hingga 10 Januari 2024. Menariknya, Oppo menawarkan ganjaran dan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM576.



Perlu tahu yang untuk menempah, pengguna perlu membayar deposit RM11 dan kemudian akan layak untuk mendapat baucar diskaun RM100 yang boleh ditebus pada 11 dan 12 Januari 2024. Bagaimanapun, ia terhad untuk 1100 penempah awal.

Pengguna yang menempah Reno 11 akan disertakan hadiah percuma berupa fon putik Oppo Enco Buds2 (bernilai RM129) dan percuma lanjutan waranti Oppo Care selama setahun (bernilai RM109) menjumlahkan dua tahun waranti yang diterima. Manakala model Reno 11 Pro akan diberikan pengecas kereta 80W dan kabel USB-C (bernilai RM178) dan juga setahun lanjutan waranti Oppo Care.



Khas untuk ahli My Oppo, anda akan menerima hadiah yang lebih banyak termasuk percuma langganan Viu Premium 6 bulan, baucar Zus Coffee bernilai RM10 dan diskaun 10% bernilai sehingga RM100 di Lexis Hibiscus.

Lebih menarik, Oppo menyediakan kejutan istimewa kepada 10 penempah awal siri Oppo Reno 11 dengan telefon akan dihantar terus ke pintu rumah anda oleh Amelia Handerson dan Jovane PJY. Untuk tidak melepaskan peluang ini, anda boleh lakukan tempahan awal di semua stor jenama Oppo, pengedar sah Oppo, stor dalam talian Oppo dan gedung rasmi Oppo di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi OPPO Reno 11

Jika spesifikasi siri Oppo Reno 11 sama seperti di China, ini bermakna ia dikuasakan cip MediaTek’s Dimensity 8200 yang digandingkan dengan RAM LPDDR5X dan storan UFS 3.1. Ia menggunakan skrin melengkung OLED berukuran 6.7 inci pada resolusi 2412 x 1080 piksel, dengan kecerahan puncak 950 nits dan kadar penyegaran 120Hz.

231124 OPPO Reno 11

Sistem pengimejannya dipacu kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony LYT-600 dengan sokongan OIS. Ia diikuti kamera ultralebar 8MP Sony IMX355 bersama kamera telefoto 32MP Sony IMX709, yang menyokong 2x zum. Kamera hadapan pula adalah 32MP dari sensor Sony IMX709.

231124 OPPO Reno 11

Membekalkan tenaga pada telefon adalah bateri berkapasiti 4,800mAh, yang mana lebih kecil berbanding Reno 10 dengan 5,000mAH dan menyokong pengecasan pantas 67W. Ciri lain yang ditawarkan adalah 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.4, NFC, dan menjalankan sistem operasi ColorOS 14.

231124 OPPO Reno 11 China

Spesifikasi OPPO Reno 11 Pro

Reno 11 Pro menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen1, turut dilengkapi dengan RAM LPDDR5X dan storan UFS 3.1. Ia dipasangkan skrin melengkung OLED 6.74 inci dengan resolusi 2772 × 1240 piksel, dan menyokong kecerahan puncak 1600 nits serta kadar penyegaran 120Hz.

Reno 11 Pro turut mempunyai kamera utama 50MP OIS tetapi menggunakan sensor berbeza Sony IMX890. Lain-lain kamera adalah sama seperti Reno 11 iaitu kamera ultralebar 8MP Sony IMX355, kamera telefoto 32MP Sony IMX709 serta kamera hadapan 32MP mengguna pakai sensor Sony IMX709.

Kapasiti bateri dalam Reno 11 Pro besar sedikit berbanding Reno 10 Pro tetapi kecil berbanding Reno 11, iaitu 4,700mAH tetapi ia menyokong pengecasan pantas 80W. 

231124 OPPO Reno 11 Pro

Seperti Reno 11, varian Pro ini turut menampil ciri 5G, Wi-Fi 6 dan NFC. Namun, Reno 11 Pro hanya menyokong sambungan Bluetooth 5.3 sahaja.

Harga siri Oppo Reno 11 di Malaysia masih belum didedahkan lagi. Tetapi untuk perspektif anda, di China ia dilancarkan pada harga seperti berikut:

  • Reno 11 (8GB + 256GB) – CNY 2499 (~RM1649)
  • Reno 11 (12GB + 256GB) – CNY 2799 (~RM1847)
  • Reno 11 (12GB + 512GB) – CNY 2999 (~RM1979)
  • Reno 11 Pro (12GB + 256GB) – CNY 3499 (`RM2309)
  • Reno 11 Pro (12GB + 512GB) – CNY 3799 (~RM2507)

Anda boleh jangkakan harganya di Malaysia akan diletakkan pada paras yang sama.

Bacaan berkaitan

  • Siri OPPO Reno 11 diumum dengan kamera Sony LYT-600 50MP dan ColorOS 14
  • Oppo A79 5G dengan rekaan berbulu kini rasmi di Malaysia, ada peluang dapatkannya percuma
  • Oppo A18, telefon bajet dengan bateri gergasi 5,000mAh
Tags: oppoOPPO Reno 11OPPO Reno 11 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

231124 OPPO Reno 11 China

Tempahan Oppo Reno 11 dibuka sekarang dengan diskaun RM100 dan hadiah percuma

28 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER