• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MSI guna cip Intel untuk lawan AMD Ryzen Z1 di ROG Ally dan Legion Go?

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:14 pm
  • 05/01/2024
  • Komen
MSI guna cip Intel untuk lawan AMD Ryzen Z1 di ROG Ally dan Legion Go?
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak dinafikan pelancaran Asus ROG Ally telah menggegarkan dunia permainan konsol mudah alih, dengan ia kemudiannya diikuti oleh Lenovo dengan pengenalan Legion Go. Kini, sebuah lagi jenama gaming, MSI juga nampaknya tidak mahu melepaskan peluang untuk mengeluarkan konsol gaming mereka tersendiri.

View this post on Instagram

A post shared by MSI Gaming (@msigaming)

Menerusi hantaran di Instagram, MSI telah memuat naik satu video teaser menunjukkan sekilas rupa dan ciri yang dilengkapi konsol permainan mudah alih pertama mereka. MSI juga menyatakan ia bakal tiba tidak lama lagi. Berkemungkinan besar ia akan didedahkan sewaktu CES 2024 yang bakal bermula pada 10 Januari 2024.



Melihat daripada teaser yang dikongsi, ia memperlihatkan dua joystick, bersama ruang pengudaraan dan logo MSI. Apa yang menarik adalah, kedudukan joysticknya dapat dilihat mirip seperti di Asus ROG Ally, dengan lampu RGB mengelilinya. Warna merah pada ruang pengudaraan juga kelihatan, menunjukkan MSI masih mengekalkan identiti peranti gaming mereka.

Selain daripada itu, tidak banyak perkara yang didedahkan menerusi video teaser ini. Tetapi kita boleh jangkakan konsol gaming MSI ini akan menjalankan Windows 11, sistem operasi yang sama turut digunakan pada ROG Ally dan Legion Go.



Walau bagaimanapun, cip pemproses yang digunakan MSI pada konsol mereka mungkin akan lain daripada pesaingnya yang menggunakan AMD Ryzen Z1 Extreme. Ini adalah kerana, Intel telah memberi respon pada teaser konsol MSI yang dikongsi di X dengan tiga emoji sedang berfikir, mencadangkan bahawa mungkin MSI akan menguasakan konsol mereka dengan cip Meteor Lake.

🤔🤔🤔

— Intel Gaming (@IntelGaming) January 4, 2024

Setakat ini, masih tidak diketahui apa keunikan yang akan dibawa oleh MSI pada konsol gaming mereka berbanding pesaingnya. Sebagai contoh, ROG Ally adalah konsol gaming pertama yang diperkenal, manakala Legion Go pula tampil dengan controller yang boleh dicabut daripada badan. Untuk perspektif anda, Lenovo Legion Go dilancarkan di Malaysia pada harga RM3,999, manakala ROG Ally pula berharga RM3,299 bagi versi Ryzen Z1 Extreme.

Jadi, untuk sebarang maklumat lanjut, perlulah tunggu pendedahan rasminya di CES 2024 nanti.

[Sumber: Toms Hardware]

Bacaan berkaitan

  • MSI lancar siri Bravo terbaru, laptop MSI pertama gabung AMD Ryzen dan GeForce RTX 40
  • PROMO: MSI beri rebat sehingga RM1000 bagi barisan laptop siri Gaming dan Modern
  • PROMO: Laptop MSI ada diskaun sehingga RM700 sempena Ramadan dan percuma kredit Steam USD100
Tags: MSI
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

MSI guna cip Intel untuk lawan AMD Ryzen Z1 di ROG Ally dan Legion Go?

MSI guna cip Intel untuk lawan AMD Ryzen Z1 di ROG Ally dan Legion Go?

5 January 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN