• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung patah balik? Akan bangunkan Galaxy Z Fold 6 dengan harga mampu milik

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:14 pm
  • 24/01/2024
  • Komen
Samsung kantoi akan lancar telefon lipat Galaxy Z Fold 5 & Galaxy Z Flip 5 pada Julai ini
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar lipat sememangnya banyak ditawarkan di pasaran, tetapi harganya masih sangat mahal. Namun dengarnya Samsung akhirnya bersedia untuk mengeluarkan versi telefon pintar lipat, Galaxy Z Fold dengan harga yang lebih murah.

Sekitar November tahun lepas pernah juga keluar khabar angin yang kononnya Samsung akan hasilkan telefon lipat murah dengan harga sekitar RM2,000 tetapi dinafikan. Pun begitu, syarikat berkenaan juga dikatakan tidak menolak kemungkinan untuk keluarkan telefon lipat FE pada versi mampu milik.



Galaxy Z Fold 5

Berdasarkan laporan dari The Elec, Samsung kini sedang memfokuskan untuk meningkatkan penjualannya ke dalam pasaran telefon pintar lipat di China. Bagi mencapainya, pengeluar peranti elektronik dari Korea Selatan itu sedang mempertimbangkan untuk Galaxy Z Fold 6 peringkat permulaan yang akan dilancarkan pada Q2 2024.

Samsung di tempat ketiga

240124-Samsung-Galaxy-Fold-Mampu-Milik
Sumber The Elec

Laporan itu juga menunjukkan walaupun Samsung merupakan perintis dalam penghasilan telefon lipat, tetapi jenama besar itu berada di tempat ketiga dalam pasaran China disebabkan beberapa faktor.



Xiaomi, Honor dan Huawei berjaya membawa telefon pintar lipat ke rantau ini dengan penawaran harga yang berpatutan, menampilkan daya tarikan yang lebih baik, malah terjual lebih banyak berbanding Samsung.

Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Z Flip 5

Mungkin akan ada yang bertanya, kenapa tidak menghasilkan Z Flip 6 peringkat permulaan? Menurut Samsung, penjualan siri Flip agak memuaskan dan sudah pun melebihi penjualan Z Fold. Atas faktor itu Samsung akan memfokuskan untuk meningkatkan penjualan telefon lipat gaya bukunya.

Jadi kiranya perancangan Samsung untuk keluarkan Galaxy Z Fold 6 versi mampu milik itu atas sebab untuk kukuhkan kedudukannya dalam pasaran telefon pintar lipat di China. 

Walaupun semua itu masih dalam perancangan, tapi kalau kata betul Samsung nak keluarkan produk dengan harga yang mampu milik, kenapa tidak? Boleh juga merasa pakai telefon lipat Samsung nanti. Anda rasa macam mana, akan jadi kenyataan atau sekadar penantian yang tidak akan kunjung tiba?

[Sumber: The Elec]

Bacaan berkaitan:

  • Samsung nafi khabar telefon lipat murah, tidak menolak kemungkinan telefon lipat FE
  • Samsung gusar dengan cabaran Huawei dan Oppo, Galaxy Z Fold 6 mungkin bawakan perubahan drastik
  • Samsung akan hasilkan telefon lipat murah bawah RM2,000 tahun depan?
Tags: galaxy z foldGalaxy Z Fold 6samsungsamsung galaxy zSamsung Galaxy Z FlipZ Fold 6
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Samsung kantoi akan lancar telefon lipat Galaxy Z Fold 5 & Galaxy Z Flip 5 pada Julai ini

Samsung patah balik? Akan bangunkan Galaxy Z Fold 6 dengan harga mampu milik

24 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER