• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sumbangan Tunai Rahmah akan diberi mulai 29 Januari, semak kelayakan sekarang

  • OLEH Najib
  • 3:19 pm
  • 26/01/2024
  • Komen
Sumbangan Tunai Rahmah akan diberi mulai 29 Januari, semak kelayakan sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024, akan mula menerima bayaran tunai ini seawal Isnin depan. Fasa 1 pembayaran STR 2024 akan dikreditkan ke akaun pengguna antara 29 Januari sehingga 2 Februari 2024.

sumber

Pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR, akan mendapat bantuan ini yang dikreditkan melalui akaun bank mereka, atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan masing-masing.



sumber

STR 2024 layak dipohon oleh keluarga dengan pendapatan isi rumah di bawah RM5,000, atau warga emas tanpa pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000, atau bujang berusia antara 21-59 tahun berpendapatan RM2,500 ke bawah.

Untuk fasa pertama ini, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM2.1 bilion dengan 2/3 daripadanya kepada isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500. Sebanyak 2.8 juta penerima dalam kategori ini akan mendapat bantuan RM500 dalam fasa 1.



Menurut Kementerian Kewangan (MOF), setakat ini seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Walau bagaimanapun angka ini dijangka naik ke hampir 9 juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.

Kepada rakyat Malaysia yang layak tetapi nama tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan. Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan bantuantunai.hasil.gov.my atau manfaat.mof.gov.my.

[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan

  • Belanjawan 2024: STR ditambah RM2 bilion, kadar minimum naik ke RM500 dan maksimum RM3,700 untuk 9 juta penerima
  • Cara semak kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & status pembayaran
  • Pemberian bantuan kewangan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk rakyat Malaysia bermula hari ini
Tags: MOFSTRSumbangan Tunai Rahmah
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Sumbangan Tunai Rahmah akan diberi mulai 29 Januari, semak kelayakan sekarang

Sumbangan Tunai Rahmah akan diberi mulai 29 Januari, semak kelayakan sekarang

26 January 2024
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN